Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
210802_Fairphone_0129_1_C2_RGB-scaled 1

Murena Fairphone 4, Telefon Pintar 5G Modular Pertama Tanpa Google

Diterbitkan Julai 10, 2023 · Dikemas kini Julai 10, 2023 oleh ariff bukhari

Mungkin ramai yang tidak pernah dengar akan jenama telefon pintar ini yang dikenali sebagai Murena Fairphone 4 .

Ia merupakan telefon pintar 5G modular pertama tanpa Google yang mementingkan privasi serta mampan.

Mana tidaknya, dengan skor indeks baik pulih setinggi 9.3/10 (berdasarkan indeks boleh baik pulih Perancis) dan 10/10 oleh iFixit, penggunanya boleh membaik pulih telefon pintar ini dengan sendiri.

Fairphone 4
Murena Fairphone 4 dimuatkan dengan bateri berkapasiti 3905mAh boleh tanggal. Malah tiada bahagian Murena Fairphone 4 dilekatkan, jadi anda boleh memilih untuk membaikinya dengan mudah.

Menurut Murena juga, mereka telah mengalih keluar banyak kod yang menghantar data peribadi pengguna ke pelayan tanpa persetujuan.

Telefon ini juga tidak mengimbas data dalam telefon penggunanya atau di ruang awan serta tidak menjejaki lokasi atau mengumpulkan perkara yang pengguna lakukan dengan aplikasi mereka.

Sebaliknya ia menggunakan sistem operasi /e/OS yang dilengkapi dengan aplikasi sumber terbuka. Namun begitu, /e/OS masih berjalan berasaskan versi Android 12, sekaligus membolehkannya menjalankan kebanyakan aplikasi Android yang ada.

Murena Fairphone 4, Telefon Pintar 5G Modular Pertama Tanpa Google
Murena Fairphone 4 dilengkapi kamera belakang 48MP dan kamera swafoto 25MP.

Murena Fairphone 4 ditawarkan dalam 2 varian iaitu varian storan 128GB+6GB RAM dan 256GB+8GB RAM dengan pilihan warna Hijau dan Kelabu.

Ia dijual dengan harga antara USD629.90 (~RM2939) hingga USD699.90 (~RM3266) di beberapa buah negara terpilih sahaja.

Fairphone bukanlah telefon pintar yang asing kerana syarikat pengeluar telefon pintar yang berpangkalan di Belanda ini pernah mengeluarkan model Fairphone 3 pada Ogos 2019 dahulu.

Tetapi penjualannya ditamatkan pada September 2021 dahulu.

Berkaitan

  • Telefon Modular Fairphone 3 Ditamatkan Pengeluarannya
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Buang Segera 2 Aplikasi Popular Android Ini Didapati Hantar Data Pengguna Ke China

Sumber:  Murena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY