Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Mungkin Siri Peranti Galaxy FE Tidak Akan Diperkenalkan Lagi Selepas Ini

Posted on Jun 17, 2022Jun 17, 2022

Siri edisi peminat atau Fan Edition (FE) dalam Samsung merupakan sebuah siri peranti yang berada di tengah-tengah di antara siri Galaxy A dan siri Galaxy S.

Ia telefon pintar berkuasa tetapi pada masa sama dijual pada harga mampu milik. Kali terakhir kemunculan ‘FE’ ini adalah pada awal tahun 2022 di mana Galaxy S21 FE dilancarkan.

Boleh dikatakan telefon tersebut terlalu lewat diperkenalkan kepada umum dan membuatkan tahap keterujaan pengguna sedikit berkurang. Namun, selepas ini mungkin peminat akan merindui siri Galaxy FE.

Hal ini kerana, menurut sammobile, Samsung ingin menghentikan peranti edisi peminat. Bermakna, mungkin kita tidak akan lihat Galaxy S22 FE pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang.

Tambahan lagi, sammobile juga mendakwa bahawa Samsung tidak ada sebarang sebab mengapa mereka ingin menghentikan peranti FE.

Mungkinkah Samsung ada pelan lain untuknya? Jika siri Galaxy Note, ia sudah mempunyai legasi menerusi peranti terbaru Galaxy S22 Ultra.

Sumber: sammobile

Baca juga:

  • Filem Aksi Sebenar ‘Gran Turismo’ Bakal Ditayangkan Ogos 2023

  • Prestasi 4G Di Malaysia Ketinggalan Di Belakang Vietnam, Thailand Dan Singapura

  • Pengguna Di Malaysia Didapati Semakin Kurang Membeli Telefon Pintar – IDC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress