Filem Aksi Sebenar 'Gran Turismo' Bakal Ditayangkan Ogos 2023

Sony Pictures dan PlayStation Productions dikhabarkan akan mengadaptasi judul permainan perlumbaan popular dari konsol PlayStation iaitu Gran Turismo ke layar lebar.

Malah tarikh tayangan bagi filem aksi sebenar dari judul permainan itu juga sudah pun ditetapkan iaitu pada 11 Ogos 2023 akan datang.

Filem tersebut akan diterbitkan oleh Columbia Pictures dan Jason Hall (American Sniper) akan menulis skrip bagi filem itu nanti sementara pengarah bagi filem itu pula adalah Neill Blomkamp (District 9, Elysium dan Chappie)

Laman Deadline yang melaporkannya menjelaskan, filem Gran Turismo itu nanti akan berdasarkan kisah benar seorang remaja pemain tegar permainan Gran Turismo yang mahir dalam pemanduan dan memenangi siri kejuaraan pertandingan anjuran Nissan yang bercita-cita menjadi seorang pelumba profesional sebenar.

Permainan Gran Turismo adalah simulator perlumbaan popular di konsol PlayStation yang pertama kali dilancarkan dalam tahun 1997 dahulu.

Siri terbaru Gran Turismo untuk konsol PlayStation adalah Gran Turismo 7 yang telah dilancarkan pada 4Mac 2022 lalu.

Sumber:Deadline

Baca juga: