Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mark Zuckerberg

Mungkin Selepas Ini Eropah Tidak Ada Facebook Dan Instagram

Diterbitkan Februari 8, 2022 oleh Amsyar Latif

Media sosial popular di bawah syarikat Meta – Facebook dan Instagram memang ditawarkan secara percuma kepada pengguna di seluruh dunia. Namun, percuma itu ada makna di mana data peribadi pengguna dijadikan sebagai “bayaran”.

Disebabkan itu, Kesatuan Eropah (EU) tidak bersetuju dengan cara yang dilakukan syarikat Meta itu kerana melanggar undang-undang mereka.

Hal ini kerana, mengikut undang-undang EU, segala data pengguna perlu disimpan dan diproses di pelayan (server) Eropah. Sebaliknya, data Facebook dan Instagram diproses di pelayan Amerika Syarikat dan Eropah yang mana ia penting untuk sasaran pengiklanan dan perniagaan bagi kedua-dua media sosial tersebut.

Dengan ini, Meta dalam kenyataan terbaru mengatakan jika mereka tidak dapat mengikut peraturan yang ditetapkan Eropah, mereka berkemungkinan besar akan menutup Facebook dan Instagram di rantau itu.

Jika dilihat, pengguna di Eropah mungkin boleh hidup tanpa Facebook. Akan tetapi, Instagram masih mempunyai pengguna yang ramai terutama dalam kalangan golongan muda.

Bagaimanapun, dengan kehadiran TikTok, remaja masa sekarang pun sudah ramai beralih ke platform baharu ini. Malah, Facebook sebelum ini turut mengakui bahawa TikTok merupakan pesaing terhebat mereka.

Sumber: pocketnow

Foto utama: cnbc

Baca juga:

  • YouTuber China Hasilkan Peranti Bank Kuasa “Mudah Alih” Berkapasiti 27,000,000mAh

  • Facebook Akui Mereka Akan Rugi RM42 Bilion Tahun Ini, Tuduh Apple Sebelahi Google

  • Signal Kritik Telegram, Katanya Facebook Jauh Lebih Selamat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY