Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Storage Wide

Cara Kurangkan Ruang Storan Yang Diambil WhatsApp Di Telefon

Diterbitkan Mac 26, 2021 · Dikemas kini September 15, 2022 oleh Amsyar Latif

WhatsApp merupakan sebuah aplikasi permesejan yang sangat popular walaupun dilanda kontroversi berkaitan privasi pengguna.

Disebabkan ini juga, banyak kumpulan perbualan yang dicipta untuk tujuan sekolah, universiti, keluarga mahupun kerja.

Namun, masalah yang akan dihadapi apabila berada dalam kumpulan perbualan ini adalah ia akan mengambil ruang storan di telefon pintar.

Jika anda sejenis yang tidak membuang atau delete chat yang lama, WhatsApp akan mengambil storan telefon lebih banyak dan mungkin lebih besar daripada aplikasi permainan mudah alih.

Oleh itu, di sini adalah cara untuk mengurangkan ruang storan tersebut. Cara ini adalah yang paling mudah dan telah diperkenalkan WhatsApp, iaitu menguruskan ruang storan aplikasi.

Pertama sekali, buka aplikasi WhatsApp di iOS atau Android dan pilih settings. Kemudian, klik storage and data.

WA storan 1

Pada tetapan ini, pilih manage storage.

WA storan 2

Di sini, anda dapat lihat segala fail bersaiz besar seperti video, meme, gambar dan sebagainya yang telah anda simpan atau muat turun. Ini termasuk fail yang telah dihantar banyak kali.

WA storan 3

Oleh itu, anda hanya perlu pilih fail yang besar dan terus membuangnya jika tidak diperlukan.

Satu lagi cara tambahan, pada bahagian storage and data tadi, anda juga boleh menetapkan fungsi media auto-download kepada never. Dengan ini, tiada lagi media yang akan dimuat turun secara automatik ke dalam telefon.

WA Storan 4
WA storan 5

Itu sahaja yang dapat dikongsikan pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Berkaitan

  • Ini Cara Untuk 'Hilang Dari Radar' WhatsApp Ketika Anda Masih Online Di Telefon Pintar Android
  • Semua Pengguna Kini Boleh Pindah WhatsApp Dari Android Ke iOS, Ini Caranya
  • WhatsApp Communities Mula Tersedia, Ini Yang Anda Harus Tahu
  • WhatsApp Mula Tawar Ciri Baru Yang Dinanti-Nantikan Ini Lebih Awal Kepada Pengguna Beta

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY