Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tempahan Eksklusif Samsung Galaxy Z Flip Dilanjutkan Sehingga 22 Mac

Tempahan Eksklusif Samsung Galaxy Z Flip Dilanjutkan Sehingga 22 Mac

Diterbitkan Mac 19, 2020 · Dikemas kini Mac 19, 2020 oleh Amalina Athman

Samsung Malaysia sebelum ini mengumumkan telefon pintar boleh-lipat keluarannya iaitu Samsung Galaxy Z Flip ditawarkan di Malaysia pada harga RM 5,888. Peranti ini boleh didapati dengan harga tersebut melalui pra tempahan hanya pada 17 Mac sahaja. Kini, Samsung mengumumkan tempoh pra tempahan bagi Galaxy Z Flip dilanjutkan sehingga 22 Mac 2020.

Tempahan Eksklusif Samsung Galaxy Z Flip Dilanjutkan Sehingga 22 Mac

Dengan setiap pra tempahan Samsung Galaxy Z Flip di Samsung Online Store, pelanggan akan menerima Perkhidmatan Samsung Galaxy Z Premier, yang termasuk Khidmat Talian Bantuan Premium 24/7. Selain itu, pengambilan dan penghantaran percuma bagi Sokongan Perkhidmatan serta diberi keutamaan atau ekspress lane di Pusat Khidmat Pelanggan. Pelanggan juga akan menerima perlindungan skrin dengan satu kali penggantian keretakan skrin dalaman dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pembelian.

Galaxy Z Flip dijana cip Snapdragon 855+ dan mempunyai paparan skrin 6.7 inci Dynamic AMOLED dengan nisbah 22.9 dan resolusi 1080 x 2636. Peranti ini dilengkapi dengan 8GB RAM dan 256GB storan yang berasaskan UFS 3.0. Bahagian bateri pula berkapasiti 3300mAh dengan pengecasan 15W. Turut hadir pada peranti adalah skrin AMOLED kedua bersaiz 1.1 inci yang diletakkan pada panel luar bagi fungsi notifikasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran tempahan Samsung Galaxy Z Flip, layari Samsung Online Store.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY