Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mungkin Ini Adalah EV Paling Hodoh Di Dunia

Mungkin Ini Adalah EV Paling Hodoh Di Dunia

Diterbitkan Disember 27, 2023 ยท Dikemas kini Disember 27, 2023 oleh ariff bukhari

Prototaip biasanya mempunyai reka bentuk yang menarik perhatian orang ramai dan adakalanya menjadi bahan jenaka.

Walaupun kenderaan yang mencapai barisan pengeluaran ternyata sangat berbeza, atau jika ia tidak pernah benar-benar masuk ke dalam pengeluaran, prototaip adalah cara yang menarik untuk mempamerkan visi jenama kereta pada masa hadapan.

Tetapi, lain pula cerita dengan pembuat kereta Rusia yang berpangkalan di Kaliningrad, dengan kerjasama Institut Politeknik Moscow.

Prototaip EV yang dikenali sebagai Amber Yantar, direka oleh Avtotor. Ia didedahkan kepada umum kurang seminggu yang lalu, tetapi ia telah menjadi bahan ketawa seluruh pengguna internet selepas gambar luarannya yang tidak menarik tersebar di media sosial.

Daripada reka bentuk EV itu, bolehlah dikatakan Amber Yantar sebagai prototaip EV paling hodoh di dunia kerana reka bentuknya yang pelik dan langsung tidak menarik.

Mungkin Ini Adalah EV Paling Hodoh Di Dunia

Avtotor mengumumkan bahawa ia merancang untuk mula mengeluarkan sehingga 50,000 kereta elektrik Yantar pada 2025 di kilang Kaliningradnya, sambil menambah bahawa semua komponen utama – motor elektrik, penyongsang, papan kawalan dan bateri – semuanya akan direka dan dibina di Rusia.

Kenyataan seperti itu pernah dibuat oleh pengeluar kereta Rusia sebelum ini, tetapi mereka semua akhirnya berfungsi dengan komponen China pada akhirnya.

Walau bagaimanapun, tidak banyak maklumat spesifikasi yang dikongsikan. Namun, harga jualan Amber Yantar dijangka akan sangat berpatutan dan datang dengan bateri 25kW/j.

Selain itu, pemilik kenderaan hanya akan dapat menyewa bateri, bukan membelinya. Manakala kelajuan maksimum EV itu pula sekadar mampu mencapai 105km/j sahaja.

Berkaitan

  • Biarkan Kereta Dicas Semalaman Di Rumah Bukanlah Cara Yang Betul - Kajian
  • Syarikat Ini Boleh Tukarkan Kereta Anda Kepada EV Dalam 8 Jam Sahaja
  • EV Lebih Banyak Masalah Berbanding Kenderaan Petrol - Kajian

Sumber: Oddity Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY