Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Selepas Bergabung Dengan OnePlus, OPPO Membuang Pekerja Mereka

Posted on September 16, 2021

Sebelum ini telah dilaporkan tentang penggabungan operasi OnePlus dan OPPO. Kini Bloomberg melaporkan, OPPO telah mula membuang sekitar 20% pekerja mereka di bahagian perisian dan peralatan selepas penggabunagn tersebut.

Penggabungan OnePlus dan OPPO merupakan terbesar dalam industri mudah alih China yang turut bergelut dengan bekalan cip dan ekonomi kesan daripada pandemik COVID-19.

Penggabungan itu juga menyebabkan berlakunya pertindihan jawatan yang wujud di dalam dua buah syarikat tersebut.

Menurut sumber yang tidak dinamakan, ia memberi kesan kepada bahagian operasi kustomasi sistem Android dengan sistem operasi ColorOS.

Turut terjejas adalah IoT (Internet of Things), unit yang terlibat dengan pembangunan peralatan boleh pakai seperti jam pintar serta bud telinga.

Walaubagaimanapun, unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi telefon serta jualan luar negara OPPO tidak terkesan dengan pembuangan tersebut.

Berdasarkan kepada data IDC, penguasaan pasaran telefon pintar OPPO di China didapati merudum sejak 2017 lagi.

Menurut IDC, selepas beberapa tahun penguasaan pasaran jam pintar OPPO kekal di bawah 1%.

Penguasaan peranti fon telinga OPPO pula hanya sekadar 1.7% sahaja.

Sumber: Bloomberg

Baca juga:-

  • OnePlus Dan OPPO Bakal Bersatu Di Bawah Satu Bumbung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress