Pertama Kali Di Malaysia, Apple Beri Airpods Percuma Bila Beli Mac/iPad

Untuk Higher Education Offer 2022, Apple menawarkan Airpods generasi kedua secara percuma untuk setiap pembelian iPad Air, iPad Pro, iMac, Mac mini, Mac Pro, MacBook Pro dan MacBook Air bagi pelajar kolej atau universiti, guru, pensyarah dan kakitangan institusi pendidikan.

Tawaran ini bermula hari ini, 6 Januari sehingga 7 Mac 2022 di cawangan Apple Store for Education atau melalui talian 1800-80-6419.



Bukan itu sahaja, diskaun sebanyak 20% juga diberikan untuk pakej AppleCare Protection Plan.

Bagaimanapun, anda perlu mendaftar di UNiDAYS terlebih dahulu dan membaca terma dan syarat dinyatakan.



Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman rasmi Apple Malaysia.

Baca juga: