Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MySejahtera Super App

Ini Cara Membatalkan Janji Temu Dos Penggalak Vaksin COVID-19

Diterbitkan Januari 17, 2022 oleh ariff bukhari

Seperti semua sedia maklum, kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun mula memberikan dos penggalak kepada penerima-penerima vaksin COVID-19 di seluruh negara.

Orang ramai tidak perlu untuk berdaftar bagi mendapatkan dos penggalak tersebut.

Sebaliknya anda akan dimaklumkan menerusi Aplikasi MySejahtera untuk tarikh janji temu. Anda juga boleh menghubungi fasiliti kesihatan untuk mendapatkan tarikh janji temu untuk mendapatkan dos penggalak.

Walaubagaimanapun, mungkin tarikh yang diberikan untuk anda menerima suntik dos penggalak itu tidak sesuai masanya kepada anda.

Anda tidak perlu bimbang kerana anda boleh membatalkan temu janji tersebut terus dari aplikasi MySejahtera dengan ikuti langkah-langkah berikut:-

1. Tekan pada “Klik di sini untuk mengesahkan janji temu anda”

temu janji vaksin

2. Pilih “Tidak”

3. Nyatakan alasan.

Selepas itu, anda akan diberikan tarikh janji temu yang baru nanti.

Berdasarkan kepada semakan data KKM, sudah lebih daripada 9 juta dos penggalak sudah pun diberikan kepada para penerima vaksin.

Sumber: COVIDNOW, KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY