Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Penyanyi Meninggal Dunia Akibat COVID-19 Selepas Sengaja Dijangkiti Untuk Elak Divaksin

Posted on Januari 24, 2022Januari 25, 2022

Di kebanyakan negara Eropah, untuk melayakkan diri menyertai acara sosial, sukan dan tempat yang ramai seperti panggung wayang, konsert dan seumpamanya, seseorang perlu sama ada divaksin atau mempunyai sejarah dijangkiti COVID-19.

Bagi mereka yang tidak divaksin tetapi pernah dijangkiti, sebuah pas (recovery pass) akan diberikan kerana menurut kajian sains, badan telah mempunyai sistem pertahanan yang cukup untuk melawan virus tersebut setelah dijangkiti — imuniti semula jadi.Ā Perkara ini terpakai pada kebanyakan negara Eropah kerana ia undang-undang yang dipersetujui semua negara anggota EU.

Seorang vokalis bernama Hana Horka bagaimanapun memilih untuk tidak divaksin dan sengaja dijangkiti apabila anak dan suaminya positif COVID-19. Apabila anak lelaki dan suaminya yang telah divaksin didapati positif COVID-19, dia mengambil keputusan untuk terus tinggal dan bergaul dengan mereka tanpa kuarantin dengan niat untuk sama dijangkiti.

Ternyata apa yang dihajati tercapai dimana vokalis kumpulanĀ AsonanceĀ tersebut didapati positif COVID-19 selepas itu. Beliau mengalami simptom dan beransur sembuh, vokalis yang agak popular di Czech itu memuat naik status di Facebook menyatakan keterujaannya untuk menyertai konsert, sauna dan ke pantai selepas ini.

Dua hari selepas itu, Hana bersiar-siar di luar namun apabila pulang, dia mengadu mengalami sakit belakang dan tidak lama selepas ituĀ menghembuskan nafas terakhir.

Anaknya bagaimanapun mengatakan Hana tidak percaya dengan teori konspirasi berkaitan vaksin seperti mikrocip, namun hanya cenderung untuk mendapatkan imuniti secara semula jadi berbanding melalui vaksin.

Dalam minggu yang sama Hana meninggal dunia, Czech Republic mencatat rekod tertinggi pada 19 Januari lepas dengan kes harian sebanyak 28,469. Hanya 63% daripada populasi negara itu telah mendapatkan dos vaksinasi lengkap.

Sumber: BBC

Baca juga:

  • 18 Soalan Lazim Ditanya Tentang MySejahtera Trace (MySJ Trace)
  • Ini Cara Membatalkan Janji Temu Dos Penggalak Vaksin COVID-19
  • Cara Daftar Dan Semak PPV Terdekat Untuk Dapat Dos Penggalak Lebih Cepat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress