Berita baik untuk pengguna pelan pascabayar Maxis, syarikat rangkaian telekomunikasi ini kini telah menaik taraf pelan Postpaid dengan menambah kuota internet secara percuma dan kekal.

Ini bermaksud, dengan harga bayaran bulanan yang sama, pengguna pelan pascabayar boleh nikmati kuota internet yang lebih banyak. Kuota yang baharu ini boleh dinikmati bermula dari 4 – 10 Jun 2020 dan ia meliputi kesemua pelan pascabayar (lihat jadual di bawah).

Pelan yang terlibat dengan naik taraf kuota ini

Pelanggan pascabayar akan diberitahu oleh Maxis secara SMS berkenaan penaik tarafan ini. Pelanggan juga akan menerima kuota penuh internet yang baharu ini walaupun sebanyak mana kuota lama telah digunakan.

Dengan pengumuman ini, sudah tentu syarikat rangkaian telekomunikasi lain akan mendapat tempias dan mula menyemak semula penawaran pelan mereka.

IKLAN

Maklumat lanjut: Maxis