Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
duitnow qr

Senarai Bank Dan e-Dompet Yang Menyokong DuitNow

Diterbitkan November 11, 2021 · Dikemas kini April 23, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Beberapa tahun sebelum ini, kaunter-kaunter di kedai dan pasaraya dipenuhi pelekat dan standee yang memaparkan kod QR berbeza. Setiap penyedia seperti GrabPay, TnG eWallet dan bank berebut-rebut mempromosi platform masing-masing.

Namun sejak 2019, pengenalan DuitNow QR secara perlahan-lahan menyelesaikan masalah ini kerana ia menyatukan kesemua platform dalam satu kod QR yang dikenali Malaysia National QR.

Dengan satu kod QR untuk satu kedai, pengguna hanya cuma mengimbas kod QR yang disediakan DuitNow dan kemudian memilih e-dompet atau bank yang dikehendaki.

duitnow supported

Sebelum DuitNow hadir dengan fungsi QR, fungsi yang ditawarkannya ialah DuitNow Transfer, membolehkan pengguna memindah dan menerima wang pada pengguna lain hanya dengan meletakkan nombor kad pengenalan atau nombor telefon yang telah didaftar bersama DuitNow.

Ini juga memudahkan pengguna kerana tidak perlu menaip nombor akaun bank yang panjang semasa menghantar wang.

duitnow coming soon

Kini, lebih 20 bank dan penyedia e-dompet menyokong DuitNow QR sementara lebih 10 penyedia akan turut menyokongnya tidak lama lagi seperti Bank Rakyat, Razer dan beberapa lagi.

Beberapa minggu lalu, Bigpay telah mengumumkan mereka juga menyokong DuitNow Transfer dan QR.

Baca juga:

  • Dah Boleh Bayar Barangan COD Di Lazada Guna DuitNow QR
  • Shopee Pay Kini Menyokong Pembayaran Dengan DuitNow QR
  • Terima Pakai DuitNow QR – Fave Dan PayNet Sediakan Platform Buat Usahawan Kecil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY