Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lebih Laju Daripada SmartTAG, RFID Dengan Pengecaman Nombor Plat Kini Diaktifkan

Tiada Lagi Monopoli Touch ‘n Go, Boleh Bayar Tol Melalui Visa/Mastercard Kelak

Diterbitkan Januari 25, 2022 oleh Meor Hasyim

Sistem RFID yang digunakan masa kini sebagai projek rintis sistem tol tanpa plaza memberikan maklum balas yang bercampur baur dari pengguna.

Menurut Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof, jika sistem RFID ini mencapai kadar penggunaan yang memuaskan, kerajaan akan membenarkan pengguna untuk membayar tol menggunakan apa-apa pembayaran, bukan setakat Touch n’ Go sahaja.

Langkah ini dilihat untuk memastikan tiada lagi monopoli pembayaran melalui Touch ‘n Go di lebuhraya.

Terlebih dahulu pihak konsesi lebuhraya perlu bersedia untuk memautkan RFID dengan penyedia pembayar tambahan.

Antara pembayaran yang boleh dibuat nanti termasuklah sama ada menggunakan Visa atau Mastercard, atau apa-apa pembayaran lain selagi ada pautan dengan sesuatu lebuhraya itu.

Kerajaan juga mengesahkan penggunaan kad Touch ‘n Go sebagai pembayaran akan dihentikan pada tahun 2025 sementara laluan Smart Tag akan dimansuhkan.

Kerajaan mengakui pelancaran sistem RFID ini adalah ketinggalan beberapa tahun, namun menekankan terdapat beberapa elemen yang perlu dikaji oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia sebelum melancarkan sistem pembayaran tanpa tol sebenar (MLFF).

Sumber: Free Malaysia Today

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY