Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
calculator ios iphone (1)

Mudah, Ini Cara Padam Hanya Angka Hujung Dalam Kalkulator iOS

Diterbitkan Mac 22, 2022 · Dikemas kini Mac 22, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Aplikasi Kalkulator atau Calculator (jika peranti anda menggunakan bahasa Inggeris) di peranti Apple seperti iPhone, iPad sangat terkenal dengan kekurangan termasuklah ketiadaan butang untuk memadam satu angka.

Justeru, pengguna perlu memadam kesemua data atau angka dimasukkan dan mulakannya dari awal. Namun, ramai tidak tahu untuk memadam angka hujung, walaupun tiada butang, tapi sebenarnya boleh sahaja dilakukan.

Caranya, leret (swipe) sahaja sama ada ke kiri mahupun ke kanan pada ruang atas tersebut. Jika anda leret pada bahagian butang, pasti tidak berjaya.

calculator finger delete photo_2022-03-22_17-39-39 (2)

Dengan ini, angka di hujung sekali akan terpadam dan tidak perlulah lagi menekan butang ‘C’ untuk memulakan semula kiraan.

Contohnya, “1234567”, maka selepas leret, anda akan dapati angka yang tinggal hanya “123456”.

Rotate your phone Stock Video Footage - 4K and HD Video Clips | Shutterstock

Maklumat tambahan, untuk ciri dan fungsi lebih daripada asas, anda hanya perlu putarkan telefon dan gunakan dalam mod melintang atau horizontal. Jangan lupa hidupkan fungsi putar secara automatik (auto rotate).

Jika anda perlukan tip lain, kongsikan di ruangan komen.

Baca juga:

  • Ini Punca iPad Masih Tiada Kalkulator Walaupun Selepas 12 Tahun (wiser.my)
  • Kenali Intel 4004, CPU Pertama Di Dunia Tapi Dicipta Untuk Kalkulator
  • Cara Mengubah Tetapan “Double Tap” Pada Video Youtube
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY