Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
E3 2018 – Apa Yang Kita Boleh Harapkan Daripada Sony, Microsoft Dan Nintendo

Muat Turun PUBG Percuma Di Xbox One Berikutan Ura-Ura PUBG Ke PS4

Diterbitkan November 8, 2018 oleh Haikel Areff

Semalam kami ada melaporkan mengenai ura-ura permainan battle royale terkenal, PUBG yang dikatakan akan ke pasaran PlayStation 4(PS4) bulan hadapan. Hari ini muncul pula laporan mengenai tawaran PUBG secara percuma untuk pengguna Xbox.

Ia dilihat sebagai salah satu strategi pemasaran bagi menggalakkan lebih ramai pengguna Xbox bermain permainan berkenaan. Microsoft sebelum ini telah menjanjikan sesuatu yang “besar” buat peminat PUBG dan perkara ini nampaknya adalah antara yang akan ditawarkan.

15 Penggodam Ditahan Dan Didenda Sehingga $ 5.1 Juta Kerana PUBG

Bagaimanapun, tawaran ini hanya terhad bermula dari 8 November hingga 11 November sahaja. Sebelum ini, PUBG ditawarkan pada harga $29.99(~RM124.50) di laman Microsoft Store.

Selain PUBG, Microsoft turut menawarkan permainan Pro Evolution Soccer 2019 untuk dimainkan secara percuma pada hujung minggu ini.

p/s: Ketika artikel ini ditulis, tawaran ini dilihat masih lagi belum bermula

 

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY