Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bing ai chatgpt

Muat Turun Bing Meningkat 10X Ganda Di App Store Sejurus Berita Integrasinya Dengan AI

Diterbitkan Februari 9, 2023 · Dikemas kini Februari 9, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Semalam, Microsoft umumkan Bing dan Edge akan disertakan model AI dibangunkan OpenAI yang lebih maju daripada versi ChatGPT diakses pengguna umum sekarang.

Terbaru, dilaporkan bahawa muat turun Bing di App Store meningkat sebanyak 10 kali ganda seluruh dunia, menurut data.ai.

Muat Turun Bing Meningkat 10X Ganda Di App Store Sejurus Berita Integrasinya Dengan AI
Sumber: TechCrunch

Berkaitan

  • Google Hanya Akan Bertahan 2 Tahun Saja Lagi Kerana ChatGPT
  • Google Perkenal Bard, Bakal Bersaing Dengan ChatGPT
  • ChatGPT: 21 Pekerjaan Paling Berisiko Digantikan Dengan Kecerdasan Buatan (AI)
  • Bing Dan Edge Akan Dilengkapi AI Untuk Carian Lebih Tepat, Lebih Maju Daripada ChatGPT

Tapi, antara sebab peningkatan muat turun Bing di App Store adalah disebabkan taktik Microsoft sendiri.

Jika anda sertai senarai menunggu, di hujungnya anda akan diminta untuk muat turun Bing (melalui kod QR) untuk mempercepat kedudukan anda mendapatkan Bing versi baharu kelak.

bing ai senarai menunggu

Bukan hanya muat turun Bing, malah juga jadikannya sebagai enjin carian lalai di pelayar pengguna.

Pastinya ramai yang memuat turunnya. Bahkan, mungkin juga percaya ciri AI sudah tersedia sepenuhnya jika mereka ikut langkah (baca: pemasaran) ini sedangkan hanya previu tersedia.

Nak dapat cepat? Buat Bing sebagai enjin carian lalai dan muat turun Bing di telefon.

Untuk pasaran Amerika Syarikat, aplikasi Bing naik ke kedudukan ke-2 dalam kategori aplikasi percuma manakala Edge pula ke-3 di kategori Utility daripada ke-10 sebelum itu.

bing ai linkedin

Minggu lalu, Bing berada di tempat ke-160 dalam Productivity, bermakna tidak tersenarai pun dalam Top Overall Charts.

Sudahkah anda mencuba previu Bing dengan AI tersebut? Buat masa ini anda tidak boleh tanya soalan sebaliknya hanya boleh memilih sampel soalan tersedia.

Sumber: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY