Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Odyssey OLED G8_G80SD_(1)

Samsung Lancar Monitor ‘Gaming’ OLED Baharu Dikuasakan AI, Harga Dari RM3,999

Diterbitkan Jun 6, 2024 · Dikemas kini Jun 6, 2024 oleh ariff bukhari

Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini mengumumkan pelancaran global bagi monitor gaming Odyssey OLED 2024.

Model OLED Odyssey 2024 memperluaskan penawaran Samsung untuk prestasi OLED generasi akan datang dengan Odyssey OLED G8 (model G80SD) dan Odyssey OLED G6 (model G60SD) baharu.

Odyssey OLED_G80SD_G60SD

Odyssey OLED G8 ialah monitor gaming OLED Samsung 32” pertama dengan resolusi 4K UHD (3840 x 2160) dan nisbah bidang 16:9 dengan skrin rata.

Ia mempunyai kadar segar 240Hz dan masa tindak balas GtG 0.03ms untuk permainan yang sangat lancar dan responsif.

samsung monitor odyssey
samsung monitor odyssey

Odyssey OLED G8 juga adalah monitor gaming OLED pertama Samsung yang dikuasakan oleh AI menggunakan pemproses NQ8 AI Gen3, yang merupakan pemproses yang sama digunakan Samsung dalam TV 8K 2024.

Ia membolehkan visual kandungan sipertingkatkan kepada hampir 4K apabila menggunakan Samsung Gaming Hub dan aplikasi Smart TV untuk resolusi lebih tinggi dalam permainan dan hiburan.

Odyssey OLED G6 pula ialah monitor 27″ QHD (resolusi 2560 x 1440), menyokong nisbah bidang 16:9 dengan kadar segar 360Hz dan masa tindak balas 0.03ms GtG memudahkan pemain untuk mengikuti permainan yang bergerak pantas.

Odyssey OLED G8 dan Odyssey OLED G6 masing-masing berharga RM6,399 dan RM4,999.

Tapi untuk pelanggan yang membuat pra pesanan ke atas monitor gaming baharu ini akan dapat diskaun sebanyak RM1,000 menjadikan Odyssey OLED G6 hanya berharga RM3,999 dan Odyssey OLED G8 pula hanya RM5,3999 sahaja.

Odyssey OLED G8 dan Odyssey OLED G6 boleh dibeli dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cll8gwu
  • Lazada – https://invol.co/cll8gx4

 

{suggest}

Sumber: Siaran media Samsung Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY