Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mungkin Ini Rupa Google Pixel 7 Dan 7 Pro, Ada Sedikit Beza Pada Kamera

Mungkin Ini Rupa Google Pixel 7 Dan 7 Pro, Ada Sedikit Beza Pada Kamera

Diterbitkan Februari 24, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Mengikut jadual kebiasaan Google, model Pixel akan dilancarkan pada setiap Oktober. Pastinya masih lama lagi sebelum Pixel 7 dan 7 Pro dirasmikan namun ini tidak bermakna kita tidak akan mendengar apa-apa maklumat tentang pembangunannya.

Choose Best Tech dan @xleaks7 telah berkerjasama membina model 3D CAD untuk telefon Pixel 7. Secara kasar, tidak ada perubahan besar pada tubuhnya tetapi beberapa perubahan kecil mungkin menarik.

Mungkin Ini Rupa Google Pixel 7 Dan 7 Pro, Ada Sedikit Beza Pada Kamera

Saiz Pixel 7 ini dilaporkan sedikit kecil dan nipis berbanding Pixel 6 iaitu 155.6 x 73.1 x 8.7 mm. Untuk rekod, Pixel 6 berdimensi 158.6 x 74.8 x 8.9 mm.

Mungkin Ini Rupa Google Pixel 7 Dan 7 Pro, Ada Sedikit Beza Pada Kamera

Di bahagian atasnya pula, antena mmWave untuk rangkaian 5G diberikan rekaan baharu menggantikan jalur plastik untuk antena pada Pixel 6 namun ia juga berkemungkinan disembunyikan kelak.

Perbezaan pada kamera ialah modulnya tampak lebih kemas di mana seolah-olah dibina sekali bersama tubuh, tidak nampak terasing seperti pada Pixel 6. Bukan itu sahaja, ia modul kamera ini juga dipercayai akan mempunyai warna yang sama dengan bingkai.

Imej Google Pixel 7 Pro juga tidak ketinggalan dikongsi oleh Onleaks dan Smartprix. Antara perubahan yang sama seperti Pixel 7 ialah rekaan baharu antena mmWave dan modul kamera.

Mungkin Ini Rupa Google Pixel 7 Dan 7 Pro, Ada Sedikit Beza Pada Kamera

Ia dikhabarkan sedikit nipis, pendek tetapi lebih lebar berbanding Pixel 6 Pro. Selain itu, lensa kamera yang lebih besar daripada Pixel 6 Pro.

Sama-sama kita nantikan ura-ura seterusnya sehingga ia dilancarkan Oktober kelak.

Sumber: Choose Best Tech, Smartprix

Baca juga:

  • 4 Sebab Kenapa Google Pixel ‘Tak Sesuai’ Untuk Pengguna Malaysia
  • Google Disaman, Dikatakan Menipu Iklan Testimoni Positif Pixel 4
  • Pixel Watch Dan Pixel 6A Dilaporkan Keluar Seawal Mei (wiser.my

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY