Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung ISOCELL

Rasmi, Ini Sensor Kamera 200MP Telefon Pintar Pertama Di Dunia

Diterbitkan September 2, 2021 · Dikemas kini September 2, 2021 oleh Amsyar Latif

Semalam kami melaporkan bahawa Samsung akan melancarkan sensor kamera 200MP dan GN5 50MP. Hari ini, ia secara rasminya diperkenalkan.

Melalui ISOCELL HP1, ia merupakan sensor 200MP 1/1.22 inci dengan saiz piksel 0.64μm. Sensor ini juga menggunakan teknologi baharu ChameleonCell yang menawarkan pixel-binning penuh 2×2 atau 4×4.

Rasmi, Ini Sensor Kamera 200MP Telefon Pintar Pertama Di Dunia
Rasmi, Ini Sensor Kamera 200MP Telefon Pintar Pertama Di Dunia

Sensor tersebut dapat menawarkan gambar 50MP dengan piksel 1.28µm dan gambar 12.5MP dengan saiz piksel 2.65μm.

ISOCELL HP1

Ia secara tidak langsung dapat menghasilkan gambar yang lebih jelas dan tajam dalam apa jua persekitaran. Selain itu, ISOCELL HP1 juga mampu mengambil rakaman video beresolusi 8K pada kadar bingkai 30fps serta 4K 120fps.

Seterusnya bagi ISOCELL GN5, ia adalah sensor kamera 1.0μm 50MP dengan teknologi autofokus Dual Pixel Pro pertama di dunia. Samsung mengatakan ia mampu memberikan kepantasan dalam memfokuskan imej.

Oleh yang demikian, sama-sama kita nantikan kehadirannya di telefon pintar pada masa hadapan.

Sumber: Samsung

Baca juga:

  • Ini Mungkin Bentuk Modul Kamera 200MP Pada Samsung Galaxy 22 Ultra 5G
  • Galaxy Z Fold3 Dan Flip3 5G Dilengkapi Dengan Ciri Perlindungan Bateri
  • Penyelidik Mendapati, 8 Sebab Ini Membuatkan Pengguna Telefon Pintar Android Mahu Beralih Kepada iPhone

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY