Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MOTOROiD2, Motosikal Futuristik Yamaha Tanpa Bar Hendal

MOTOROiD2, Motosikal Futuristik Yamaha Tanpa Bar Hendal

Diterbitkan Oktober 18, 2023 · Dikemas kini Oktober 18, 2023 oleh Muhd Idham

Apakah perasan anda apabila anda mampu untuk menunggang mesin yang mempunyai sifat seperti makhluk hidup?

Yamaha Motor kini telah memperkenalkan MOTOROiD2, versi evolusi dari MOTOROiD asal yang diperkenalkan pada 2017 dahulu. Ia merupakan motosikal berkuasa elektrik sepenuhnya dengan ciri tunggangan sendiri yang tidak mempunyai bar hendal atau kawalan standard lain sepertimana motosikal sedia ada ketika ini.

Yamaha membuat hipotesis bahawa menggabungkan mobiliti dengan teknologi pintar dapat membina hubungan yang lebih erat antara penunggang dan mesin.

Featured Image – Wiser Article (12)
Prototaip MOTOROiD versi asal yang diperkenalkan pada 2017 dahulu.

Menerusi R&D yang lebih mendalam dijalankan pihak Yamaha yang lebih fokus dalam teknologi dan reka bentuk, MOTOROiD2 memiliki ciri di mana mobiliti peribadinya boleh mengenal pasti keberadaan pemiliknya lalu bangun sendiri dari penongkat motor dan bergerak seiring bersama penunggangnya.

MOTOROiD2, Motosikal Futuristik Yamaha Tanpa Bar Hendal
MOTOROiD2, Motosikal Futuristik Yamaha Tanpa Bar Hendal
MOTOROiD2, Motosikal Futuristik Yamaha Tanpa Bar Hendal
MOTOROiD2, Motosikal Futuristik Yamaha Tanpa Bar Hendal

Sistem Kawalan Pusat Massa Aktif (AMCES) telah mempertingkatkan ciri-ciri seperti penderiaan sikap (attitude sensing), pengimbangan diri (self-ballancing) dan sistem pengecaman imej AI yang digunakan untuk mengecam dan bertindak balas terhadap wajah dan gerak isyarat pemilik bagi MOTOROiD2.

Dalam pada itu, MOTOROiD2 juga menampilkan struktur Leaf terbaru yang memberikan model itu satu struktur yang khusus untuk reaksi seperti hidup (lifelike) dan saling melengkapi untuk penunggang.

Yamaha merancang untuk mempamerkan prototaip Motoroid 2 mereka ini di Acara Pertunjukan Mobiliti Jepun 2023 di Tokyo bulan depan.

Berkaitan

  • Wi-Fi Rumah Lembab Macam Siput? Guna Ni, Pasti Puas Hati
  • Progam Beta One UI 6 Diperluaskan Kepada Samsung Galaxy A52 Dan Galaxy M23
  • CEO Xiaomi Umum Sistem Operasi Baharu, Xiaomi HyperOS
  • 3 Juta Pelanggan RFID Ketika Ini, Touch ‘n Go Sasar 4 Juta Menjelang Akhir 2024
  • Kerajaan Akan Beralih Kepada EV Untuk Kenderaan Rasmi

Sumber: Yamaha

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY