Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Montblanc Digital Paper

Montblanc Lancar e-Ink Mewah Berharga RM4,100

Diterbitkan September 22, 2025 · Dikemas kini September 22, 2025 oleh ariff bukhari

Montblanc memperkenalkan peranti kertas digital, (e-ink) mewah yang direka khas untuk pengalaman menulis premium.

Ia hadir dengan pen digital bergaya Meisterstück, membolehkan pengguna mencatat nota, melakar dan membuat anotasi pada fail EPUB dan PDF.

Montblanc Digital Paper menampilkan reka bentuk aluminium, bateri 3740 mAh, dan aksesori pelindung kulit untuk mengecas pen secara magnetik dan tanpa wayar.

Montblanc Lancar e-Ink Mewah Berharga RM4,100
Montblanc Digital Paper dilengkapi storan 64GB, Wi-Fi dan sambungan Bluetooth yang khusus untuk Digital Pen.

Walaupun spesifikasi teknikalnya tidak menonjol, Montblanc menekankan aspek kemewahan seperti hujung pen boleh tukar yang meniru tekstur kertas sebenar dan sensitiviti tekanan melebihi 4,000 tahap.

Ia bukanlah pesaing tablet yang ada di pasaran, tetapi lebih kepada simbol status untuk pengguna yang menghargai estetika dan gaya.

Montblanc Digital Paper ditawar pada harga RM4,100 lengkap bersama aksesori Digital Pen dan kabel USB-C.

Montblanc Lancar e-Ink Mewah Berharga RM4,100
Montblanc Lancar e-Ink Mewah Berharga RM4,100
Montblanc Lancar e-Ink Mewah Berharga RM4,100

Aksesori khas untuk peranti ini juga ditawarkan termasuklah kable USB-C berharga RM185, pelbagai pilihan Tips untuk Digital Pen juga berharga RM185, Digital Pen RM1,230 serta folio yang berharga RM910.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Starlink Mini Kini Tersedia Di Malaysia, Harga RM930
  • Siri HONOR X Kuasai Pasaran Kelas Pertengahan Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY