Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-02-01T094139.067

‘IP Address’ Lepas Ini Mungkin Lebih Ringkas Dan Mudah Faham

Diterbitkan Februari 1, 2024 oleh Muhd Idham

Untuk pengetahuan anda, alamat IP (IP Address) merupakan satu pengecam yang terdiri daripada barisan nombor yang unik iaitu XXX.XXX.XXX.XXX dan ia dijadikan sebagai nombor siri dalam setiap subrangkaian, domain dan nod komputer.

Analogi bagi alamat IP ini adalah seperti alamat rumah yang akan membawa surat yang mewakilkan signal rangkaian ke tuan rumah iaitu peranti-peranti seperti komputer, penghala dan alat elektronik yang lain.

‘IP Address’ Lepas Ini Mungkin Lebih Ringkas Dan Mudah Faham
Foto: Medium.com

Satu digit X mewakili nombor dari 0 hingga 9 manakala tiga digit XXX adalah sebarang nombor antara 001 hingga 256.

Hal ini membuktikan terdapat berjuta kemungkinan kombinasi yang boleh dihasilkan menggunakan alamat IP serta setiap satu daripadanya memainkan peranan penting dalam melindungi peranti-peranti anda.

ICANN (Internet Corporation for Assigned Names and Numbers) pula adalah organisasi persendirian yang bertanggungjawab dalam menguruskan alamat Internet Protocol (IP) dan Sistem Nama Domain (DNS) seperti .com, .org, .my, .uk dan lain-lain.

Sehubungan dengan itu, ICANN kini telah mencadangkan perubahan bagi menyelaraskan pengguna dalam mengakses rangkaian dalaman rumah mereka dengan menggantikan alamat IP semasa iaitu 192.168.X.X kepada yang lebih mudah seperti “.internal” ataupun “.private“.

Namun begitu, keberkesanannya secara meluas masih lagi belum ditentukan.

Pihak ICANN kini masih berada dalam fasa pengumpulan data dan maklum balas daripada pelbagai pihak melalui laman web rasmi ICANN berkenaan dengan cadangan ini.

Berkaitan

  • TikTok Nak Jadi YouTube Dengan Tambah Durasi Video Selama 30 Minit
  • Redmi Note 13 Pro Dan Redmi Note 13 Pro+ 5G Laku Keras Di Malaysia
  • Syarikat Ini Tawar RM47 Ribu Dan Yogurt Percuma Jika Anda Jauhi Telefon Pintar Selama Sebulan
  • PDRM Kesan Waran Tangkap Palsu Melalui Aplikasi WhatsApp, Telegram

Sumber: Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY