Mod Zombi Dilaporkan Bakal Hadir Ke PUBG Mobile Pada Minggu Hadapan

Peminat PUBG Mobile sudah digembar-gemburkan dengan mod zombi pada permainan kegemaran mereka sejak beberapa minggu yang lalu.

Namun sehingga kini, ia masih lagi belum tersedia untuk dimainkan. Penantian tersebut dijangka akan berakhir tidak lama lagi.

Kemaskini terbaru PUBG Mobile 0.11.0 dengan mod tersebut pada mulanya dilaporkan bakal tersedia pada minggu hadapan iaitu di antara tarikh 16 Feb - 20 Feb, namun laporan menyatakan ia berkemungkinan besar akan tersedia pada 19 Februari ini.

Ia berdasarkan satu tirisan yang dibuat oleh pertiris bersiri PUBG Mobile, Mr. Ghost Gaming. Menurut beliau, pelayan PUBG Mobile akan menjalani penyelenggaraan berkala pada 18 Februari nanti.

https://youtu.be/-hH6pnCWSSU

Selain daripada berperang dengan zombi, antara pembaharuan baharu yang akan dibawa masuk kali ini ialah:

  • Kenderaan Tukshai untuk peta Sanhok

  • Beberapa kawasan Erangel akan dilitupi salji

  • Cuaca dinamik di peta Miramar dan Erangel

  • "Death cam" yang mengulang tayang cara anda mati

  • Suara sistem lama kembali

  • Peta salji Vikendi tidak lagi beta


Walaubagaimanapun, tiada maklumat mengenai saiz muat turun bagi kemaskini tersebut berjaya diperolehi ketika ini.

 

Sumber: Gadgets360