MIUI 12 Kini Rasmi Untuk Pengguna Xiaomi Global - Ini Merupakan Fungsi-Fungsi Terbaharu

Hari ini, seperti yang dijanjikan oleh pihak Xiaomi, mereka telah melancarkan versi perisian terbaharu MIUI 12 untuk pengguna global. MIUI 12 sebelum ini telah pun diumumkan untuk pengguna di China, dan baru kini untuk pengguna global baru dilancarkan.

Kemaskini MIUI 12 ini boleh dikatakan agak besar kerana ia hadir dengan banyak fungsi-fungsi memfokuskan rekaan dan antara muka. Antara fungsi-fungsi yang menarik adalah termasuk juga dari segi animasi dan privasi peranti.

Rekaan Visual


MIUI 12 hadir dengan fungsi Super Wallpaper: yakni latar belakang animasi 3D Bumi dan Marikh. Latar belakang ini akan zum setiap kali pengguna menyahkunci peranti menjadikan pengalaman menyahkuncinya lebih puas dan imersif.

Image

Dark Mode juga kini lebih ketara dengan lebih banyak aplikasi yang disokong termasuk aplikasi yang belum lagi rasmi dengan mode gelap seperti Facebook. Selain itu, terdapat juga fungsi Wallpaper Dimming yang mensimulasi penukaran cahaya latar belakang seiring dengan waktu siang dan malam pada realiti.

https://twitter.com/miuirom/status/1262720746377244677

Animasi


https://twitter.com/miuirom/status/1262717425683804160

MIUI 12 hadir dengan animasi yang lebih segar. Baik dari segi membuka atau menutup aplikasi, membuka multi-tasking, dan lain-lain lagi, semuanya mempunyai animasi baharu. Untuk aplikasi cuaca, terdapat animasi dinamik yang mengikut kepada keadaan cuaca. Antara animasi lain yang baharu juga adalah animasi pengecasan bateri peranti.

Image

Selain itu, pihak Xiaomi juga telah menambah lebih dari 2000 animasi Always On Display (AOD). Pengguna juga kini boleh menambah maklumat apa yang akan muncul pada fungsi AOD ini.

Perubahan Antara Muka


Antara muka MIUI 12 kini lebih bersih dengan ruang 'bernafas' yang lebih besar. Maklumat di dalam Settings juga dipaparkan dalam bentuk graf 3D atau carta untuk menjadikannya lebih menarik.

https://twitter.com/miuirom/status/1262718039428001792

Xiaomi juga telah mengemaskini bahagian pusat kawalan. Kini ia memaparkan ikon yang lebih besar dan juga interaktif. Apa yang menariknya, terdapat mekanism sama seperti iOS iaitu tatal kiri dari atas untuk notifikasi dan dari atas kanan untuk pusat kawalan.

Akhirnya navigasi Android 10 hadir dengan bar nipis di bahagian bawah. Menarik bar ini ke kiri dan kanan akan membolehkan pengguna menukar aplikasi. Fungsi ini tidak terdapat pada MIUI 11 sebelum ini.

Perkara menarik lain adalah fungsi Floating Windows untuk memudahkan pengguna membuka beberapa aplikasi dalam satu paparan tanpa menutup mana-mana aplikasi tersebut.

https://twitter.com/miuirom/status/1262719944384376833

Privasi


Dari segi privasi terdapat fungsi Permission Notification yang baharu untu mengawal kelakuan aplikasi. Apabila kamera, mikrofon atau lokasi berjalan di sebalik latar belakang, ikon terang akan dipaparkan memberitahu pengguna bahawa ada aplikasi yang menggunakannya.

Image

Jadual Pelepasan Kemaskini


Untuk jadual penerimaan kemaskini MIUI 12 ini, hanya 5 peranti sahaja yang akan menerimanya dahulu secara rasmi pada penghujung bulan Jun ini.

Peranti tersebut adalah:

  • Mi 9

  • Mi 9T

  • Mi 9T Pro

  • Redmi K20

  • Redmi K20 Pro




Untuk peranti lain, Xiaomi tidak menyatakan bilakah tarikh yang akan diterima secara spesifik. Pada pendapat kami, ia mungkin hadir selang 2-3 bulan selepas pusingan pertama 5 peranti utama tersebut.

Peranti baki yang akan menerima kemaskini MIUI 12 adalah:

  • Redmi Note 7/ Redmi Note 7 Pro/ Redmi Not 8 Pro/ Redmi Note 9/ POCO F1/ Mi 10 Pro/ Mi 10/ POCO F2 Pro/ POCO X2/ Mi 10 Lite/ Mi Note 10/ Mi 8/ MI 8 Pro/ MI MIX 3/ Mi MIX 2S/ Mi 9 SE/ Mi 9 Lite/ Redmi Note 7S/ Mi Note 3/ Mi MIX 2/ Mi MAX 3/ Mi 8 Lite/ Redmi Y2/ Redmi S2/ Redmi Note 5/ Redmi Note 5 Pro / Redmi 6A/ Redmi 6/ Redmi 6 Pro/ Redmi Note 6 Pro/ Redmi Y3/ Redmi 7/ Redmi 7A/ Redmi Note 8/ Redmi Note 8T/ Redmi 8/ Redmi 8A/ Redmi 8A Dual/ Redmi Note 9s/ Redmi Note 9 Pro/ Redmi Note 9 Pro Max/ Mi Note 10 Lite


Menurut Xiaomi, mereka akan membuka program beta untuk MIUI 12 global pada minggu hadapan. Jika anda tidak sabar menunggu pelepasan rasminya, anda boleh juga mencuba program beta dan menikmati fungsi-fungsi terbaharu MIUI 12 ini.

Berkaitan