Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Microsoft Mengumumkan Konsol Xbox Series S Pada Harga $299

Posted on September 8, 2020September 8, 2020

Berjam-jam setelah maklumat mengenai harga konsol Xbox Series S tular di serata internet, Microsoft kini tampil mengakui dan mengesahkan harga tersebut.

Secara tidak langsung, mereka mengumumkan konsol Xbox Series X ini dan memasarkannya pada harga $299 (~RM1,246).

Ia juga digambarkan oleh Xbox sebagai ‘Xbox terkecil yang mempunyai prestasi hebat’.

👀 Let’s make it official!

Xbox Series S | Next-gen performance in the ˢᵐᵃˡˡᵉˢᵗ Xbox ever. $299 (ERP).

Looking forward to sharing more! Soon. Promise. pic.twitter.com/8wIEpLPVEq

— Xbox (@Xbox) September 8, 2020

Ia juga turut disertakan dengan gambar Series S yang lebih berkualiti dan memperlihatkan kenipisan dan juga ketiadaan slot cakera.

Xbox Series S merupakan varian Xbox yang lebih mampu milik menyasarkan pengalaman main 1440p pada 120fps.

Ia juga mempunyai storan seluas 512GB selain ciri ray tracing, dan main balik media 4K.

Satu lagi varian Xbox iaitu Series X adalah varian lebih berkuasa yang menyasarkan pengalaman main pada 4K 60fps. Untuk itu, Microsoft belum lagi berkongsi apa-apa terutamanya mengenai harga jualannya.

Walau bagaimanapun, syarikat itu tidak berkongsi dengan lebih lanjut maklumat selain Series S seperti contoh harga jualan Series X. Mereka mengatakan akan bercerita dengan lebih lanjut apa-apa maklumat lain pada masa akan datang.

Sumber: Xbox

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress