Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
microsoft reward

Microsoft Rewards Kini Di Malaysia, Dapat Mata Ganjaran Dengan Mudah

Diterbitkan Oktober 19, 2022 · Dikemas kini Oktober 19, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Apa itu Microsoft Rewards? Kenapa perkataan ini seperti tidak biasa didengari di Malaysia? Apakah fungsi dan kelebihannya? Adakah ianya sama seperti kad hadiah yang kebiasaanya dijual di kedai serbaneka?

Pertama sekali, Microsoft Rewards  boleh ditafsirkan sebagai sebuah program kesetiaan di mana kita akan diberi mata ganjaran jika kita menggunakan perisian atau perkhidmatan daripada syarikat berkenaan. Jika mata sudahpun mencukupi, anda berpeluang menebus ganjaran mengikut mata yang diperlukan. Ganjaran yang boleh ditebus adalah mengikut syarikat yang memberi tawaran dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Berkaitan

  • Montblanc Keluarkan Jam Tangan Pintar Summit 3 Edisi Naruto, Berharga RM6600
  • Siri Pixel 7 Bakal Menerima Google One VPN Secara Percuma Menjelang Disember 2022
  • Netflix Kenalkan "Profile Transfer", Ini Cara Pindahkan Data Profil Lama Ke Akaun Baru
  • TikTok Akan Benarkan Hos Hadkan 'Live' Untuk Pengguna Berumur 18 Tahun Ke Atas Sahaja
  • Apple Dijangka Akan Perkenal iPad Dengan Skrin Boleh Lipat Pada 2024

Dahulunya, Microsoft Rewards terasa asing sekali di Malaysia oleh kerana ia hanya terhad kepada beberapa buah negara. Kepada mereka yang mengetahui akan kewujudan sistem ini pasti akan berasa gembira apabila mengetahui bahawa program seperti ini kini memunculkan diri di Malaysia. Malah, menurut akaun Twitter Bing yang rasmi, lebih daripada 230 negara yang sudah mempunyai akses untuk program loyalti ini.

Malangnya buat masa ini, cara untuk menerima ganjaran dan ganjaran tebusan sangat terhad. Secara asasnya, kita hanya dapat melakukan tiga perkara sahaja untuk menerima ganjaran. Yang pertama adalah melakukan beberapa carian di Bing selain daripada Google. Kedua, anda juga boleh menggunakan pelayar Microsoft Edge dan terakhir menggunakan kotak carian Windows di mana anda akan mendapatkan beberapa hasil daripada Bing juga. Sayang sekali buat gamers di luar sana memandangkan di Malaysia, PC Game Pass masih lagi bukan salah satu cara untuk mendapatkan mata ganjaran.

Terdapat tiga sahaja ganjaran yang boleh ditebus buat masa ini. Untuk 1,500 mata, anda boleh menebus kad hadiah untuk League of Legends atau kod digital Roblox. Jika anda berasa murah hati, anda boleh menggunakan 1,ooo mata untuk membuat sumbangan pada Save the Children Fund sebanyak RM4.5o. Terdapat tiga pilihan untuk melakukan sumbangan iaitu UNICEF, CARE, dan International Rescue Committee. Akan tetapi, ketiga-tiga platform ini masih dilabel sebagai “akan datang”.

Foto utama: chrome store

Sumber: Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY