Microsoft Lancar Kad Kredit Xbox Mastercard Untuk Para 'Gamer'

Pembangun konsol Xbox, Microsoft mengumumkan kad kredit Xbox Mastercard tanpa yuran tahunan dengan kerjasama dan akan diisukan oleh Barclays US Consumer Bank.

Melalui kad kredit ini, pemain boleh mendapatkan mata ganjaran dengan setiap pembelian harian. Seterusnya, mata-mata ganjaran yang terkumpul itu boleh digunakan untuk menebus permainan video dan add-ons di xbox.com.



Pengguna Xbox Mastercard boleh mendapatkan 1 mata ganjaran dalam setiap USD1 yang dibelanja dalam setiap pembelian, termasuklah:

  • Xbox & Microsoft – Dapatkan 5x mata kad pada produk yang layak di Microsoft Store.

  • Perkhidmatan Penstriman – Peroleh 3x mata kad pada perkhidmatan penstriman yang layak seperti Netflix dan Disney+.

  • Perkhidmatan Penghantaran Makan – Dapatkan 3x mata kad untuk perkhidmatan penghantaran makan yang layak seperti Grubhub dan DoorDash.

  • Pembelian setiap hari – Dapatkan 1x mata kad pada semua pembelian harian yang lain.


Selain itu juga, pemegang kad tersebut akan mendapat akses kepada pelbagai kemudahan lain seperti:

  • Dapat bonus 5,000 mata kad (bernilai USD50) selepas pembelian pertama anda.

  • Ahli Xbox Game Pass Ultimate baharu mendapat tiga bulan percuma. Jika anda sudah menjadi ahli Game Pass, anda boleh menghadiahkannya dengan mudah kepada rakan.

  • Pilih daripada lima reka bentuk kad ikonik dan pelbagai pilihan ubah suai yang sesuai dengan gamertag anda.

  • Gunakannya untuk pembayaran tanpa sentuh dan kemudahan dompet digital.

  • Dapat akses dalam talian percuma kepada Skor Kredit FICO anda, supaya anda boleh memerhatikan skor kredit anda dan menerima makluman apabila ia berubah.

  • Nikmati Perlindungan Liabiliti Penipuan USD0, jadi anda tidak akan bertanggungjawab untuk caj yang tidak dibenarkan pada kad anda.


Permohonan dan Ketersediaan




Kad kredit Xbox Mastercard akan tersedia secara eksklusif untuk Xbox Insider sahaja di AS bermula 21 September ini. Dan ketersediaan untuk kesemua pemain konsol Xbox bermula 2024 depan.

Tetapi, hanya Xbox Insider di AS, Alaska dan Hawaii sahaja ketika ini yang boleh memohon kad kredit Xbox Mastercard ini dan bakal tersedia untuk semua Xbox Insider seawal hujung tahun ini.

{suggest}

Anda boleh memohon untuk menyertai Xbox Insider Program dengan memuat turun aplikasi Xbox Insider Hub di Xbox atau Windows PC.

Sumber: Xbox