Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 11 free

Microsoft Tidak Akan Membenarkan PC Yang Tidak Memenuhi Keperluan Minimum Windows 11 Menjalankan Sistem Operasi Tersebut

Diterbitkan Julai 28, 2021 oleh ariff bukhari

Microsoft secara rasminya telah pun mengumumkan versi terbaru sistem operasi komputer Windows 11 bulan lalu.

Cuma bagi sebahagian pengguna PC, mereka sedikit berasa kecewa kerana Microsoft secara khusus telah menaikkan spesifikasi minimum yang diperlukan oleh sesebuah komputer bagi melayakkan sesebuah PC itu menjalankan versi Windows terbaru tersebut.

Jadi mungkin terdapat cubaan oleh pengguna yang mahu mencuba nasib menggunakan PC sedia ada mereka yang tidak memenuhi keperluan minimum Windows 11 tetapi cuba juga memasang sistem operasi itu ke dalam komputer mereka.

Bagi anda yang masih mencuba, Microsoft menyatakan bahawa mereka tetap tidak akan membenarkan komputer yang tidak memenuhi keperluan minimum daripada menjalankan Windows 11.

Ia dinyatakan secara jelas dalam sesi video pertanyaan soalan ask-me-anything (AMA)bersama Microsoft baru-baru ini.

“We know it sucks that some aren’t going to be eligible for Windows 11. But the great thing to remember is the reason we’re doing that is to keep to devices more productive, have a better experience, and better security than ever before so they can stay protected in this new workforce.” Microsoft

Malah Microsoft juga menegaskan bahawa pengguna PC tidak boleh menipu bagi menaik taraf sistem operasi komputer mereka kepada Windows 11.

“Group policy will not enable you to get around the hardware enforcement for Windows 11. We’re still going to block you from upgrading your device to an unsupported state since we really want to make sure that your devices stay supported and secure”. Microsoft

Jadi, ini bermakna sudah tiba masanya untuk anda menaik taraf perkakasan komputer anda atau membeli model komputer terbaru jika anda mahu menggunakan sistem Windows 11.

Sumber: Yahoo

Baca juga: Ini Senarai Cip Pemprosesan Intel Dan AMD Yang Menyokong Sistem Operasi Windows 11

Senarai PC Yang Tersedia Dengan TPM 2.0 Dan Menyokong Windows 11

Ini Spesifikasi Asas Dan Keperluan Lain Bagi Membolehkan Komputer Anda Menjalankan Sistem Windows 11 Dan Ciri-Ciri Utamanya

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
  • Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze Di Malaysia - PM Anwar
  • Filem AI Pertama China Berharga ~RM6.1 Juta Mula Ditayangkan Di Pawagam
  • Bose Rasmi Ambil Alih Skullcandy, Jenama Kekal Beroperasi Berasingan
©2026 WISER.MY