Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
microsoft samsung

Walaupun Memiliki Microsoft, Bill Gates Akui Guna Peranti Samsung

Diterbitkan Mei 23, 2022 oleh Nadiah Ab

Umum tahu Samsung Galaxy Z Fold3 ialah salah satu telefon boleh lipat yang terkenal di pasaran kini. Menariknya, ternyata peranti lipat Samsung ini dimiliki oleh pengasas bersama Microsoft, Bill Gates.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Bill Gates dalam Reddit AMA pada beberapa hari yang lalu bahawa dia memang memiliki Galaxy Z Fold3.

Untuk seseorang yang memiliki Microsoft, hal ini sungguh menarik untuk melihat Gates memiliki peranti Samsung dan bukannya Surface Duo 2 keluaran Microsoft sendiri.

Peranti Galaxy telah lama menawarkan pelbagai aplikasi Microsoft yang diprapasang.

Malah, perkhidmatan ‘Your Phone’ yang membolehkan sambungan antara Windows dan Android juga menawarkan beberapa ciri eksklusif untuk telefon Galaxy termasuk memindahkan kandungan.

Kerjasama ini juga meluas ke peranti boleh lipat, seperti yang diumumkan oleh Samsung dan Microsoft tahun lepas bahawa aplikasi Office, Outlook dan Teams yang diprapasang akan ditambah baik pada Galaxy Z Flip3 dan Galaxy Z Fold3.

SumbeR: 9to5Google

Baca juga:

  • Apple, Google Dan Microsoft Bekerjasama Untuk Buang Ciri Kata Laluan
  • Telefon Samsung Dengan Kamera 200MP Mungkin Hadir Tahun Hadapan
  • Samsung Mungkin Menjadi Pembekal Cip M2 Untuk Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY