Pengguna Windows akan diberi lebih pilihan bagi memuat turun kandungan kemas kini Windows 10 berkaitan.
Sejak kebelakangan ini, pengguna Windows telah melaporkan pelbagai isu yang didepani mereka selepas melakukan kemas kini ke atas sistem operasi Windows 10 komputer mereka.
Antara yang terbaru adalah berkenaan dengan kuasa pemprosesan yang tiba-tiba meningkat walaupun tidak melakukan pemprosesan sukar serta masalah warna paparan.
Jadi bagi mengatasi masalah ini, pihak Microsoft mengesahkan bahawa mereka akan mengubah cara kemas kini pada Windows 10 tidak lama lagi. Menurut Bleeping Computer, ciri kemas kini Windows 10 terbaru itu akan mengembalikan semula butang pilihan muat turun kandungan kemas kini kepada pengguna sepertimana yang ada pada versi Windows 7 sebelum ini.
Ciri pilihan kemas kini yang ada sebelum ini telah dibuang oleh Microsoft dari Windows 10.Jadi, dengan adanya semula butang pilihan tersebut, pengguna hanya perlu memuat turun kandungan kemas kini yang berkaitan sahaja untuk sistem komputer mereka.
Wlaubagaimanapun, ciri ini dijangka hanya akan hadir pada tahun hadapan dalam kemas kini Window s10 versi 20H1.
Berkaitan
- Kuala Lumpur Disenarai Antara 100 Bandar Pintar Terbaik 2024
- Malaysia Dalam Senarai 10 Negara Miliki Capaian Internet Paling Konsisten Di Dunia - Ookla
- Ini Senarai 10 AI Paling Popular Digunakan Setakat Februari 2024
- Kemas Kini Windows 10 May 2020 Sudah Ditawarkan Kepada Pengguna, Tapi...
- Microsoft Menyiasat Dakwaan Kebocoran Kod Pembangunan Sistem Operasi Windows XP
- Abaikan Saja Kemas Kini Mengarut Windows 10 Yang Ditawarkan Microsoft
- 'Surface Neo' Peranti Yang Dikuasakan Oleh Sistem Operasi Windows 10X
- Pengguna Windows 10 Mungkin Hanya Akan Terima Kemas Kini Setahun Sekali Sahaja Bermula Tahun Hadapan
- 1/3 Pengguna Windows Sudah Menaik Taraf Kepada Versi Windows 10 2004
- Dah Terlambat, Naik Taraf Ke Windows 10 Dan 11 Kini Tidak Lagi Percuma