Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 10 Bakal Hadir Dengan Barisan Rekaan Ikon Baru Bagi Aplikasi-Aplikasi Utamanya

1/3 Pengguna Windows Sudah Menaik Taraf Kepada Versi Windows 10 2004

Diterbitkan September 30, 2020 · Dikemas kini September 30, 2020 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada data terbaru dari laman analisis AdDuplex, penggunaan versi terbaru sistem Windows 10 iaitu Windows 10 Version 2004 atau juga dikenali sebagai Windows 10 May 2020 Update itu sudah digunakan oleh lebih daripada 33% pengguna Windows 10 di seluruh dunia.

Jumlah itu bersamaan dengan 1/3 pengguna Windows 10 di mana hampir sebanyak 150,000 komputer Windows 10 dalam kaji selidik AdDuplex.

win 10
Data terbaru ini adalah setakat bulan September2020. Sumber : AdDuplex

Sebagai rekod, Windows 10 Version 2004 telah mula ditawarkan kepada pengguna dalam bulan Jun lalu secara berperingkat kepada semua pengguna Windows 10.

win 10 2004

Versi Windows 10 ini merupakan kemas kini major yang dilengkapi dengan beberapa ciri baru selain daripada penambah baikan sistem keselamatan dan kestabilan Windows 10.

Antara ciri baru yang dimuatkan adalah seperti pelayar Microsoft Edge, tetapan aplikasi, suhu GPU kini dipaparkan dalam Task Manager, ciri terbaru  DirectX 12 dan banyak lagi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY