Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shopee x Microsoft Windows 11 campaign visual

Microsoft Ada Promosi Istimewa Sempena Shopee 11.11

Diterbitkan November 2, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Pandemik telah menyebabkan orang ramai untuk tinggal, belajar dan bekerja dari dalam rumah lalu menyebabkan keperluan menggunakan peranti pintar seperti komputer, tablet dan telefon pintar meningkat. Tempoh ini menyaksikan peningkatan penghantaran komputer di Asia Pasifik sehingga 25 juta, meningkat sebanyak 8.3%.

Bukan hanya mengadakan promosi barangan sempena Shopee 11.11 Jualan Hebat semata-mata, kali ini Shopee turut bekerjasama Microsoft untuk kempen memperkenalkan sistem operasi baru Microsoft iaitu Windows 11 bersama-sama dengan jenama lain seperti Asus, Acer, Dell, HP, Lenovo dan lain-lain.

Selain berkongsi fungsi, ciri dan inovasi baru dalam Windows 11, kempen yang dilancarkan 2 November ini juga akan memperlihatkan laman khas berkaitan Windows 11 di Shopee Mall yang memuatkan kandungan ilmiah, baucar serta peranti-peranti yang diberi potongan harga termasuk komputer dengan sistem Windows 11 terpasang.

Sepanjang kempen berlangsung ini juga Microsoft akan berinteraksi dengan pembeli melalui Shopee Live dan pembeli berpeluang memenangi cenderamata semasa penstriman langsung pada 5 petang 2 November ini.

Klik SINI untuk mengetahui produk yang menerima promosi istimewa.

Sumber: Siaran Akhbar Shopee

Baca juga:

  • Pendapatan Syarikat Media Sosial Ini Terjejas Sebab Polisi Baharu Apple
  • Shopee 11.11 Jualan Hebat, Ada Peluang Menang Kondominium Dan BMW
  • HUAWEI MateBook 14s, nova 9 Dan Watch GT 3 Masuk Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY