HUAWEI dalam acara APAC Autumn telah membawakan beberapa peranti baharu iaitu Matebook 14s, nova 9 dan jam tangan pintar Watch GT 3.
HUAWEI MateBook 14s
HUAWEI dilihat mengemaskini barisan produk komputer riba mereka menerusi MateBook 14s. Komputer riba ini hadir dengan paparan 2.5K HUAWEI FullView, kadar segar semula 90Hz bersama aspek nisbah 3:2, dikuasakan generasi cip ke-11 Intel siri H, grafik Iris Xe, memori sehingga 16GB, bateri sebesar 60W dan pengecas 90W.
HUAWEI nova 9
Tidak seperti nova 8, HUAWEI Malaysia tidak perlu menunggu lama dalam membawa masuk peranti terbaru nova 9 buat peminat tempatan.
Telefon ini mempunyai cip pemproses janaan Snapdragon 778G, 8GB RAM, storan dalaman 256GB, skrin seluas 6.57 inci OLED 120Hz, bekalan kuasa 4300mAh dengan pengecasan 66W dan menjalankan EMUI 12.
Di belakang terdapatnya 50MP Ultra Vision kamera utama, 8MP sudut ultra lebar, 2MP bantuan bokeh dan 2MP makro. Sementara 32MP ditugaskan untuk kamera swafoto.
Watch GT 3
Didatangkan dengan 100 mod senaman, AI Running Coach dapat membantu pengguna mendapatkan pengalaman penjejakan senaman dan sukan. Dengan Truseen 5.0+, generasi baru teknologi pemantauan kadar jantung, ia juga menyediakan bacaan SpO2 sepanjang hari (all-day) dan pengesanan suhu kulit.
Bermula pada harga RM4999, HUAWEI MateBook 14s sudah boleh dipratempah mulai hari ini sehingga 6 November 2021 di kedai dalam talian HUAWEI, Shopee, Lazada dan aplikasi My HUAWEI.
Tambahan lagi, mana-mana pelanggan yang membuat pra-tempahan komputer riba tersebut bakal menerima hadiah yang bernilai sehingga RM1366 yang mengandungi seperti FreeBuds Pro, beg galas, tetikus Bluetooth dan juga satu tahun langganan Microsoft Office 365.
Manakala nova 9 dan Watch GT 3 pula masih belum dinyatakan harganya tetapi akan datang ke pasaran tempatan tidak lama lagi.
Sumber: Siaran Akhbar HUAWEI
Baca juga: