Shopee 11.11 Jualan Hebat, Ada Peluang Menang Kondominium Dan BMW

Platform e-dagang Shopee terkenal dengan promosi bulanan seperti 8.8, 9.9 dan 10.10 kali ini juga tidak melepaskan peluang menawarkan pelbagai promosi menarik untuk Shopee 11.11 kali ini.

Menariknya,  Shopee 11.11 Jualan Hebat kali ini akan menawarkan sebuah unit kondominium bernilai lebih RM500,000 di SkyMeridien Residences @ Sentul East, menjadikannya hadiah terbesar setakat ini. Penawaran hadiah ini adalah hasil kerjasama antara Shopee dan pemaju hartanah SkyWorld Development Group. Para pembeli hanya perlu bermain Tekan & Menang Kondo dan mengumpul tiket emas di Shopee untuk berpeluang memenangi unit kondominium ini.

Antara tawaran Jualan Hebat Shopee 11.11 kali ini:

  • Lebih 40 juta Syiling Shopee untuk dimenangi: Pengguna akan layak menerima sebahagian daripada 40 juta Syiling Shopee tidak kira daripada permainan Shopee Prizes dan penuntutan Baucar Pulangan Tunai Syiling Shopee 111% hinggalah menambah nilai dompet mudah alih ShopeePay.

  • Putar & Menang BMW 218i Grand Coupé M Sport: Shopee menawarkan
    sebuah BMW kepada seorang pemenang apabila pengguna Shopee bermain Putar & Menang.

  • Penjimatan untuk pengguna baharu dengan program eDuit: Pengguna kali pertama aplikasi Shopee akan menerima RM100 apabila mengaktifkan ShopeePay mereka. Di samping itu, mereka juga akan layak menerima kredit ShopeePay RM25 apabila berjaya mengaktifkan akaun premium dompet mudah alih mereka. Mereka juga akan menerima Baucar ShopeePay bernilai RM60, dan Baucar Alu-aluan RM15 untuk pembelian pertama mereka di Shopee.


Layari SINI untuk maklumat lanjut tentang Jualan Hebat Shopee 11.11.

Sumber: Siaran Akhbar Shopee

Baca juga: