Mi Portable Photo Printer Turut Diumumkan, Aksesori Cetakan Bersaiz Poket Berharga RM249

Selain Mi Curved Gaming Monitor 34″, Xiaomi Malaysia turut memperkenalkan Mi Portable Photo Printer untuk pasaran tempatan. Ia merupakan aksesori telefon pintar dengan saiz poket yang boleh digunakan untuk mencetak gambar.

harga Mi portable Photo Printer

Hadir dengan kapasiti bateri 5000mAh, ia mempunyai keupayaan untuk mencetak 20 keping gambar dengan saiz 2x3 inci bagi setiap pengisian penuh. Untuk cetakan, pencetak bersaiz poket ini menggunakan teknologi cetakan tanpa dakwat.

Mi Portable Photo Printer turut menyokong sambungan Bluetooth 5.0 dan boleh dikongsi sehingga 3 peranti dalam waktu yang sama.

harga Mi portable Photo Printer

Suntingan, penambahan filter atau kesan AR juga boleh dilakukan melalui aplikasi Mi Home. Turut disertakan dalam kotak pembelian Mi Portable Photo Printer adalah Photo Paper sebanyak 5 keping.



Mi Portable Photo Printer ditawarkan pada harga RM249 dan telah mula dijual menerusi Xiaomi Store di Lazada. Sementara, pembelian luar talian boleh dilakukan melalui Mi Store seluruh Malaysia atau pengedar sah.