Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Umum Watch GS 3 & Earbuds 3 Pro, Dua Peranti Boleh Pantau Kesihatan

HONOR Umum Watch GS 3 & Earbuds 3 Pro, Dua Peranti Boleh Pantau Kesihatan

Diterbitkan Februari 28, 2022 oleh Amsyar Latif

Selain daripada siri Magic4 yang dilancarkan, HONOR turut mengumumkan dua buah peranti boleh pakai (wearable device), iaitu Watch GS 3 dan Earbuds 3 Pro.

Kedua-dua peranti itu dipakai pada anggota berbeza pada tubuh manusia tetapi ia berkongsi satu tujuan yang sama di mana boleh dijadikan peranti untuk memantau kesihatan.

HONOR Watch GS 3_Launch Event_05

Watch GS 3 merupakan jam tangan pintar yang menampilkan rekaan persis jam tangan biasa yang sering dipakai. Dengan berat 44g, ia hadir dengan binaan keluli tahan karat 316L.

HONOR Watch GS 3_Launch Event_08

Paparannya adalah seluas 1.43 inci AMOLED dengan kecerahan 1000 nits dan menawarkan lebih daripada 100 mod sukan termasuk sokongan dwi-frekuensi GNSS (Global Navigation Satellite System).

HONOR Watch GS 3_Launch Event_09

Tumpuan utama adalah modul sensor 8-saluran PPG (Photoplethysmography) yang baharu. Melaluinya, ia akan memberikan isyarat optikal yang lebih tepat dan jitu. Selain itu, turut mempunyai enjin pemantauan degupan jantung AI.

Didatangkan dengan tiga pilihan warna – Midnight Black, Ocean Blue dan Classic Gold. Ia dijual pada tanda harga bermula €229 (~RM1077).

Earbuds 3 Pro pula, namanya sudah cukup memberikan gambaran bahawa ia sudah semestinya sebuah fon telinga tanpa wayar TWS.

HONOR Earbuds 3 Pro_Launch Event_04

Meskipun ia hanyalah TWS tetapi ia hadir dengan satu fungsi menarik berbanding pesaingnya lain, iaitu ciri memantau suhu badan.

HONOR Earbuds 3 Pro_Launch Event_03
HONOR Earbuds 3 Pro_Launch Event_05

Turut dilengkapi pemacu sebesar 11mm, sokongan Adaptive ANC, sambungan dua peranti dan mampu menawarkan 2 jam main balik muzik dengan hanya 5 minit cas.

TWS ini dijual pada harga €199 (~RM936). Namun, seperti biasa, kita hanya perlu menunggu pengumuman rasmi HONOR Malaysia akan kehadirannya buat pasaran tempatan.

Baca juga:

  • Akhirnya Telefon Andalan Premium Siri realme GT2 Rasmi Buat Pasaran Global
  • Huawei Lancarkan Pencetak Pertama Bersama 6 Lagi Peranti Baharu

  • POCO M4 Pro Dan X4 Pro 5G Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM899

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY