Mi 10 Akan Tampil Dengan Pengecasan Pantas 50W Dan Kadar Penyegaran 90Hz

Peranti flagship terbaru daripada Xiaomi iaitu siri Mi 10 bakal membuat kemunculan pertama pada esok, 13 Februari 2020. Pengenalan yang dibuat esok merupakan model yang akan dipasarkan di China sementara versi global pula dijadualkan pada 23 Februari bertempat di acara MWC 2020.

Pelbagai perkongsian mengenai siri tersebut dibuat dan yang terbaru adalah pengesahan paparan dengan kadar penyegaran 90Hz serta pengecasan pantas 50W. Informasi terbaru ini didedahkan oleh pengasas Xiaomi, Lei Jun akaun Weibo beliau. Pengeluar masih belum mendedahkan bateri yang akan digunakan tetapi berdasarkan khabar angin kapasitinya adalah 4400mAh.



Menggunakan paparan dari jenis AMOLED, poster tersebut turut menyertakan maklumat mengenai kadar kecerahan yang mencecah 1120 nit. Tidak ketinggalan, baru-baru sampel hasil rakaman daripada siri Mi 10 sudah dimuat naik di internet. Ia memperlihatkan kedua-dua versi iaitu Mi 10 dan Mi 10 Pro dilengkapkan dengan kamera utam 108MP.



https://www.youtube.com/watch?v=kaXvrGXaVKo&feature=emb_title