Sony telah mencipta sebuah projektor yang mampu memancarkan sistem operasi Android ke atas apa-apa permukaan rata dengan keupayaan sentuhan. Bayangkan anda mahu menunjukkan sesuatu yang menarik ketika makan malam bersama keluarga, anda cuma perlu memancarkan projektor tersebut keatas meja dan seluruh keluarga dapat melihat.
Secara asasnya ia bagaikan telefon Android tanpa fungsi panggilan selular. Apa yang menarik tentang ciptaan terbaru Sony ini adalah anda boleh berinteraksi dengannya. Ia bukan sekadar memancarkan imej tetapi boleh berfungsi apabila disentuh sama seperti telefon Android yang gunakan. Fungsi ini didokong oleh sensor infra merah yang mana imej yang dipancarkan menjadi skrin maya yang boleh disentuh dan ditaip.
Paparan projektor ini berukuran 23 inci dan mampu dibesarkan sehingga 80 inci namun tidak mempunyai sokongan sentuhan. Berikut merupakan senarai apa yang mampu dilakukan Sony Xperia Projector:
- Melayari internet
- Strim muzik dan video
- Pancar filem ke dinding (seperti projektor yang lain)
- Memainkan pelbagai permainan Android
- Aktifkan carian suara Google "Ok, Google"
- Sambungan ke speaker bluetooth
- Kalendar
- Pembentangan ketika mesyuarat dan banyak lagi.
Diberitakan peranti ini akan dipasarkan tidak lama lagi tetapi maklumat lain tentang tarikh, harga dan pasaran mana yang akan dimasuki belum dapat dipastikan lagi. Nantikan laporan terkini di Wiser.my
Sumber: CNET
Berkaitan
- Ini Mungkin Wajah Sebenar Asus Zenfone 6
- Google Menguji Aplikasi "Search Lite" Di Negara Yang Mempunyai Sambungan Internet Perlahan
- Black Shark 2 Pro Diumumkan - Snapdragon 855+ Dan Bateri 4000mAh Bateri
- Android 11 Developer Preview - Apa Yang Baru?
- Dapatkan Vivo Y17 Secara Percuma Dari Celcom
- Samsung Berjaya Cipta Skrin Paparan Tahan Lasak Yang Tidak Mudah Pecah
- Peranti OPPO Dengan 4 Kamera Bakal Tiba Tidak Lama Lagi
- Facebook Untuk iOS Dilapor Membuka Kamera Tanpa Izin Pengguna
- SKMM Beri Peringatan Perbuatan "SPAM" Boleh Dikenakan Tindakan
- Tello - Dron Bajet Rendah Gabungan Teknologi Dari DJI Dan Intel