Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Perkenal Kabel Dasar Laut Terbesar Di Asia Berkelajuan 570 Tbps

Meta Perkenal Kabel Dasar Laut Terbesar Di Asia Berkelajuan 570 Tbps

Diterbitkan Oktober 7, 2025 oleh ariff bukhari

Meta memperkenalkan sistem kabel dasar laut baharu bernama Candle, yang bakal menjadi kabel berkapasiti terbesar di Asia Pasifik menjelang 2028.

Kabel sepanjang 8,000 km ini akan menghubungkan 6 buah negara Asia iaitu Jepun, Taiwan, Filipina, Indonesia, Malaysia dan Singapura dengan kapasiti 570 Tbps menggunakan teknologi 24 fiber-pair terkini yang akan menghubungkan lebih 580 juta pengguna.

Meta Perkenal Kabel Dasar Laut Terbesar Di Asia Berkelajuan 570 Tbps

Selain itu, Meta turut sama terlibat dalam penyediaan sistem kabel dasar laut yang lain termasuklah Bifrost menghubungkan Asia Tenggara ke Amerika Syarikat bakal diperluas ke Mexico.

Kabel Echo pula menyediakan 260 Tbps antara Guam dan California, manakala Apricot menghubungkan Jepun, Taiwan dan Guam dengan kapasiti 290 Tbps dan akan diperluas ke negara Asia lain.

WhatsApp Image 2025-10-07 at 16.11.32

Meta turut melabur dalam projek global seperti Project Waterworth iaitu projek kabel dasar laut merentasi lebih 50,000 km (lebih panjang daripada lilitan Bumi), di mana apabila siap nanti ia akan menjadi projek kabel dasar laut terpanjang di dunia.

Meta Perkenal Kabel Dasar Laut Terbesar Di Asia Berkelajuan 570 Tbps
Project kabel dasar laut Waterworth.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Sistem Tracker Sumud Nusantara Pantau Kapal GSF Secara 'Real-Time' - Ini Teknologi Di Sebaliknya
  • Kabel Dasar Laut Hubungkan Asia Tenggara Dan AS Sudah Sedia Beroperasi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY