Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Whisk_b03009e26f2f581808843a1133867154dr (1)

Kabel Dasar Laut Hubungkan Asia Tenggara Dan AS Sudah Sedia Beroperasi

Diterbitkan Oktober 6, 2025 · Dikemas kini Oktober 6, 2025 oleh ariff bukhari

Keppel Ltd mengumumkan bahawa Sistem Kabel Bifrost kini mencapai status “Ready for Service” (RFS), bersedia membawa trafik komersial antara Asia Tenggara dan Pantai Barat Amerika Syarikat.

Sepanjang lebih 20,000 km, Bifrost ialah kabel dasar laut pertama yang menghubungkan Singapura ke AS melalui Indonesia merentasi Laut Jawa dan Laut Sulawesi.

Ia menawarkan kependaman ultra-rendah sekitar 165 milisaat—lebih pantas berbanding sistem sedia ada.

Dengan kapasiti tambahan 260 Tbps, sistem kabel Bifrost direka untuk menyokong beban kerja AI, platform berasaskan awan, dan perkhidmatan digital masa nyata, sekali gus meningkatkan daya tahan dan kepelbagaian infrastruktur digital serantau.

sistem kabel Bifrost
Sistem kabel Bifrost dibangunkan oleh Alcatel Submarine Networks (ASN), peneraju global dalam pembangunan sistem kabel dasar laut.

Keppel memaklumkan, Bifrost akan dilancarkan dalam beberapa minggu lagi, yang akan menjadi tonggak penting menyokong gelombang transformasi digital , meningkatkan ketahanan infrastruktur digital serantau serta mengukuhkan pertukaran data global.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • TNB Bukit Selambau Solar (TBSS), Ladang Solar Terbesar Di Malaysia
  • 5 Syarikat Teknologi Tempatan Yang Mungkin Anda Tak Tahu Wujud Tapi Popular - Bah.2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY