Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KKMM Mahu Guna Satelit Untuk Tambah Baik Komunikasi Waktu Bencana

RUU Lembaga Angkasa Malaysia [Akta 834] Diluluskan

Diterbitkan Februari 10, 2022 oleh ariff bukhari

Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan bahawa Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 telah diluluskan pada Sidang Dewan Negara Parlimen Keempat Belas.

Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Angkasa Malaysia itu telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri MOSTI  pada 9 Disember 2021 lalu.

RUU itu telah diwartakan sebagai Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] pada 25 Januari 2022.

Pewujudan Akta ini bertujuan untuk menubuhkan Lembaga Angkasa Malaysia bagi mengawal selia aktiviti berkaitan angkasa yang tertentu sebagai tujuan keselamatan,  mengawal selia pendaftaran objek angkasa dan untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan berkaitan angkasa yang tertentu dan perkara yang berkaitan.

Akta ini akan mengawal selia ruang angkasa yang boleh ditakrifkan sebagai ruang yang bermula daripada ketinggian 100 km dari aras laut sehinggalah ke infiniti.

Akta ini juga akan memastikan aktiviti angkasa negara dilaksanakan secara bertanggungjawab, selamat dan terjamin serta mematuhi segala garis panduan yang dipersetujui di peringkat antarabangsa terutamanya melalui United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA).

Sumber: MOSTI

Baca juga:

  • Malaysia Kekurangan Pekerja Berkemahiran Tinggi Dalam Industri Teknologi
  • Pusat Kecemerlangan Area 57 Menjadi Pusat Sehenti Pembangunan Teknologi Berkaitan Dron
  • Mustahil Untuk Dipalsukan, Sijil Vaksinasi COVID-19 Menggunakan Teknologi “Blockchain”

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY