Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
malware android

Play Store Jadi Persembunyian Perisian Hasad Baru Ini Untuk Curi Duit Mangsa

Diterbitkan Mei 8, 2023 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan dari Secure List telah melaporkan penemuan perisian hasad baru yang berupaya mencuri wang dan privasi mangsanya.

Perisian hasad itu yang dikenali sebagai Fleckpe ditemui bersembunyi dalam 11 aplikasi Android yang ditawarkan dalam Google Play Store.

Penyelidik keselamatan menjelaskan, Fleckpe adalah perisian hasad berasaskan langganan yang berfungsi dengan melanggan mangsanya kepada perkhidmatan premium tanpa pengetahuan atau persetujuan mereka.

Setelah dipasang pada peranti, ia akan meminta akses kepada notifikasi untuk menangkap kod pengesahan bagi langganan perkhidmatan premium.

Seklaigus mengakibatkan caj yang tidak dibenarkan diaktifkan tanpa disedari mangsanya.

Lebih lama perisian hasad dibiarkan pada peranti, lebih banyak wang yang berpotensi untuk dicuri. Selain mencuri wang, ia juga boleh mengumpul maklumat peribadi atau digunakan sebagai pintu masuk kepada perisian hasad yang lebih merbahaya.

Berikut adalah 11 aplikasi yang terjejas dengan perisian hasad Fleckpe:-

  1. Impressionism Pro Camera
  2. GIF Camera Editor Pro
  3. HD 4K Wallpaper
  4. Fingertip Graffiti
  5. Microclip Video Editor
  6. Beauty Camera Plus
  7. Beauty Photo Camera
  8. Beauty Slimming Photo Editor
  9. Photo Camera Editor
  10. Photo Effect Editor
  11. Night Mode Camera Pro
Play Store Jadi Persembunyian Perisian Hasad Baru Ini Untuk Curi Duit Mangsa
Play Store Jadi Persembunyian Perisian Hasad Baru Ini Untuk Curi Duit Mangsa
Play Store Jadi Persembunyian Perisian Hasad Baru Ini Untuk Curi Duit Mangsa

Penyelidik Secure List berkata, Trojan langganan semakin popular dikalangan scammer sejak kebelakangan ini.

Scammer juga didapati semakin beralih ke platform rasmi seperti Google Play untuk menyebarkan perisian hasad mereka.

Oleh itu pengguna Android dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan aplikasi, sekalipun ia datang daripada Google Play.

Berkaitan

  • EU, AS Beri Amaran Kepada Malaysia Mengenai Risiko Keselamatan Rangkaian 5G Huawei
  • Google Perkenal Passkeys Untuk Log Masuk Akaun, Ini Caranya
  • Pengeluar Set Kepala Dron Terjejas Diserang 'Ransomware' Yang Didakwa Ditanam Secara Rahsia Oleh Bekas Kontraktor

Sumber: Secure List

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY