Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta Mengehadkan Iklan Yang Dipaparkan Kepada Pengguna Remaja

Meta Mengehadkan Iklan Yang Dipaparkan Kepada Pengguna Remaja

Diterbitkan Januari 11, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Meta ingin memastikan sebarang iklan yang mengandungi kandungan yang kurang sopan bakal dihadkan.

Oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk meletakkan lebih banyak sekatan kepada pengiklan yang mensasarkan pengguna remaja.

Teens in circle holding smart mobile phones - Multicultural young people using cellphones outside - Teenagers addicted to new technology concept
Sumber: Engadget

Mulai Februari ini, akaun media sosial Meta seperti Facebook dan Instagram hanya akan membenarkan iklan disiarkan kepada pengguna remaja berdasarkan umur dan lokasi sahaja.

Pada Mac pula, Meta akan mengembangkan lagi iklan yang disyorkan di Facebook dan Instagram.

Ini bertujuan agar pengguna remaja akan kurang melihat iklan jualan berdasarkan topik yang diberikan.

Mereka boleh menyembunyikan iklan daripada pengiklan dengan lebih terperinci. Namun, pilihannya akan direndahkan kepada beberapa kategori sahaja seperti drama TV atau kasut.

Berkaitan

  • Apple Dilapor Akan Mula Beralih Kepada Skrin Tersuai Sendiri Pada 2024
  • Tiru TikTok, Twitter Bawakan Tab 'For You' Ke Susur Masa
  • Michelle Yeoh Dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik Filem Komedi Di Golden Globe Awards 2023
  • TNG eWallet Kerjasama Dengan Fave Tawar 'Cashback' Hingga 15%, Ini Caranya
  • 'Power Bank' Terbakar, 2 Dilaporkan Cedera Dalam Pesawat

Syarikat media sosial ini telah meletakkan lebih banyak penyekatan untuk kandungan yang boleh diakses oleh pengguna remaja.

Pada 2021, Facebook dan Instagram telah hadkan pengiklan dari menggunakan minat pengguna remaja untuk menyiarkan iklan.

Selain daripada itu, Instagram juga telah menetapkan privasi akaun pengguna dia bawah umur 16 tahun secara ralat.

Tidak lupa juga untuk had kandungan sensitif yang dikenakan kepada semua pengguna remaja yang baharu.

Langkah-langkah ini telah dilakukan oleh Meta agar tiada sebarang mesej yang mencurigakan daripada pengguna dewasa disampaikan kepada remaja dalam kedua-dua platform tersebut.

Ini merupakan perubahan terbesar dalam polisi iklan yang dilakukan oleh Meta sepanjang minggu ini.

Dalam pada itu juga, Meta telah menetapkan sistem berdasarkan AI untuk mengurangkan penyiaran iklan yang berunsurkan diskriminasi.

Sumber: Engadget

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY