Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘Power Bank’ Terbakar, 2 Dilaporkan Cedera Dalam Pesawat

‘Power Bank’ Terbakar, 2 Dilaporkan Cedera Dalam Pesawat

Diterbitkan Januari 11, 2023 · Dikemas kini Januari 11, 2023 oleh ariff bukhari

Satu insiden sebuah bank kuasa terbakar dilaporkan telah berlaku melibatkan penerbangan Scoot menuju ke Singapura sejurus sebelum pesawat itu berlepas pada 10 Januari 2023 hari Selasa.

Menurut Scoot, insiden yang berlaku dalam Penerbangan Scoot TR993 dari Taipei ke Singapura pada hari tersebut terpaksa kembali ke pintu masuk selepas seunit bank kuasa milik salah seorang penumpang mereka menjadi terlalu panas.

‘Power Bank’ Terbakar, 2 Dilaporkan Cedera Dalam Pesawat

Akibat insiden itu, 2 penumpang pesawat iaitu pemilik bank kuasa dan temannya mengalami kecederaan ringan.

Berdasarkan laporan media tempatan, insiden itu berlaku ketika pesawat masih berada di atas landasan untuk persediaan berlepas di lapangan terbang Taoyuan di Taipei sekitar jam 7.40 malam.

Sebaik insiden itu dilaporkan, anggota bomba telah dihantar oleh pihak berkuasa lapangan terbang dan pesawat kemudian dibenarkan kembali ke pintu pagar selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

Sumber: Today Online

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY