Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Serangan Ransomware Di Asia Tenggara Menunjukkan Penurunan

Menurut Penyelidik, Ransomware Ini Adalah Yang Paling Pantas Menyulitkan Fail Mangsanya

Diterbitkan Mac 25, 2022 oleh ariff bukhari

Pasukan penyelidik dari Surge telah melakukan penyelidikan ke atas ransomware bagi mengetahui ransomware manakah yang paling laju menyulitkan fail mangsanya.

Sebanyak 10 ransomware dipilih mereka bagi tujuan penyelidikan itu iaitu LockBit, Babuk, Avaddon, Ryuk, REvil, BlackMatter, Darkside, Conti, Maze dan Mespinoza.

Kesemua ransomware itu pula diuji menyulitkan sebanyak 100,000 fail.

Hasil kajian itu mereka dapati, ransomware Lockbit adalah yang paling pantas menyulitkan fail di mana hanya dalam masa 1 minit, Lockbit berupaya menyulitkan sebanyak 25,000 fail.

Malah Lockbit juga didapati adalah 86% lebih pantas berbanding varian ransomware median.

Sebelum ini penyelidikan Surge ke atas varian ransomware median mendapati ia berupaya menyulitkan sebanyak 100,000 fail atau bersamaan dengan saiz 53.93GB dalam masa 42 minit 52 saat.

Ransomware paling perlahan menyulitkan fail pula adalah ransomware Mespinoza di mana ia mengambil masa hampir 2 jam untuk menyulitkan 100,000 fail.

Sumber: Splunk

Baca juga:

  • Crackonosh, Perisian Hasad Baharu Dalam ‘Game’ Cetak Rompak
  • Penggodam Menggunakan Helah Terbaru Ini Bagi Menyebarkan Ransomware
  • Ransomware Magniber Kini Menyerang Pengguna Microsoft Edge Dan Google Chrome

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY