Malaysia menyasarkan 100,000 buah kereta elektrik akan memenuhi jalan raya dalam negara menjelang 2020. Untuk menjayakan rancangan tersebut, dikhabarkan 25,000 buah stesen mengecas akan dibina di seluruh negara. 100 unit Tesla Premium S juga akan dibawa masuk untuk menarik perhatian orang ramai terhadap rancangan itu.
Memetik laporan dari Channel NewsAsia, Ketua Pengarah Eksekutif Malaysian Green Technology Corporation, Ahmad Hadri Haris menyatakan rancangan ini adalah kerjasama antara Green Tech Malaysia bersama Tesla Motors. Hal ini berikutan dari lawatan Perdana Menteri Malaysia ke kilang Tesla pada Februari yang lalu. Dalam usahasama itu, syarikat pengeluar kereta elektrik berkenaan akan menyediakan 100 unit Tesla bagi pasaran Malaysia.
Menurut Ahmad Hadri lagi, negara Asean memiliki populasi sebanyak 600 juta dan mempunyai kuasa membeli yang baik. Singapura dan Malaysia merupakan pasaran terbesar dalam industri jual beli kereta. Beliau turut menambah, 300 buah stesen mengecas akan dibina pada tahun ini dan tahun hadapan. Sasaran utama adalah membina 25,000 buah stesen mengecas dalam masa 5 tahun dari sekarang.
Sumber: Channel NewsAsia
Berkaitan
- Odyssey | Gaming Laptop Pertama Dari Samsung
- vivo Malaysia Bagi Sumbangan Kepada Mangsa Banjir
- Aktiviti Penggambaran Termasuk Media Sosial Perlu Dapatkan Lesen Finas
- Kemaskini Terbaru Poco Launcher Disertakan Dengan Mod Gelap
- Ini 3 Model Baru Yang Akan Dilancarkan Xiaomi Malaysia Minggu Hadapan
- OPPO F5 6GB Kini Rasmi Untuk Pasaran Malaysia - Dijual Pada Harga RM1698
- OPPO Reno 10x Zoom Perlihatkan Kemampuan 5G Di Malaysia Mencecah 1.2Gbps
- Android 9 Pie Versi Beta Untuk Xiaomi Mi A2 Mula Kelihatan Di Internet
- Realme Bakal Menggunakan Kamera Terangkat Pada Model Realme X
- Bantuan Sebanyak RM500 Untuk 120,000 Pemandu e-Hailing