Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
poster Galaxy S21 FE 5G

Mungkin Ini Harga Bagi Telefon Samsung Galaxy S21 FE

Diterbitkan Disember 22, 2021 oleh Amsyar Latif

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tahun 2022, Samsung nampaknya masih mahu menawarkan peranti Galaxy S21 FE kepada penggunanya.

Khabar angin berkaitan telefon tersebut sudah lama diperbualkan dan banyak kali juga ditunda pelancarannya. Namun, ramai berpendapat ia akan dilancarkan tidak lama lagi. Mungkin 4 Januari atau 11 Januari tahun 2022.

Terbaru, 91mobiles berkongsikan harga jualan bagi Samsung Galaxy S21 FE buat pasaran UK. Berdasarkan senarai yang didedahkan, terdapat dua varian yang ditawarkan.

Pertama adalah varian 6GB+128GB yang berharga £699 (~RM3900). Manakala varian 8GB+256GB pula ialah £749 (~RM4181). Sebenarnya, harga tersebut juga mirip dengan pasaran Ireland di mana ia disenaraikan menerusi laman Samsung negara tersebut.

Samsung Ireland

Sekiranya ia memasuki pasaran Malaysia, harga jualannya pasti sedikit rendah berbanding yang ditawarkan di pasaran eropah. Pun begitu, belum pasti adakah ia hadir buat pasaran tempatan atau tidak kerana ura-ura sebelum ini mendakwa Galaxy S21 FE terhad untuk beberapa buah negara sahaja atas faktor kekurangan bekalan.

Sumber: 91mobiles

Baca juga:

  • Samsung Galaxy S21 FE Mungkin Hadir Dengan Spesifikasi Dan Rekaan Ini

  • Ini Senarai Model Samsung Dan Cip Yang Mungkin Digunakan Tahun Depan

  • Pelancaran Galaxy S22 Mungkin Ditunda, Beri Ruang Pada Galaxy S21 FE

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY