Dikenali sebagai Dimensity 1000+, ia dijanjikan dengan pengalaman penggunaan terbaik pada telefon pintar 5G. Antara yang dibawakan pada cip pemproses ini adalah ciri UltraSave untuk penjimatan kuasa dimana konfigurasi modem akan dilaraskan mengikut keadaan rangkaian dan aktiviti pengguna.
Bagi paparan, Dimensity 1000+ menyokong kadar segar semula sehingga 144Hz. Ini memberikan petunjuk peranti dengan paparan 144Hz akan datang tidak hanya dikuasakan oleh cip Qualcomm sahaja, sepertimana penawaran yang ada ketika ini.
Selain daripada itu, MediaTek turut menampilkan teknologi baru pada HyperEngine 2.0 seperti Resource Management Engine. Ia bertujuan menguruskan CPU, GPU dan memori secara lebih baik.
Menurut MediaTek, cip Dimensity 1000+ ini bakal ditawarkan dipasaran telefon pintar kelas atasan tidak lama lagi.
Sumber: MediaTek
Berkaitan
- Samsung Mungkin Guna Cip 5G Dari MediaTek Untuk Kelas Pertengahan
- MediaTek Helio G85 Diperkenalkan Secara Rasmi
- MediaTek Lancar UltraCast | Teknologi Strim Video 4K
- Xiaomi Mi Play Dilancar Secara Rasmi, Dilengkapi MediaTek Helio P35 Dan Bateri 3000mAh
- Redmi K30 Ultra Dilancarkan - Dijana MediaTek Dimensity 1000+ Dan Paparan 120Hz
- Telefon Dengan Cip MediaTek Paling Power Akan Keluar Februari Depan
- MediaTek Umum Cip Helio G90/90T, Fokus Kepada Permainan Mudah Alih
- MediaTek Mahu Bangunkan Sistem Imbasan Wajah Mirip Apple Tetapi Untuk Peranti Murah
- Huawei P50 Dengan Snapdragon 875? Mate 40 Guna MediaTek?
- Meizu Bergandingan Dengan MediaTek Dalam Menghasilkan Teknologi Pengecaman Wajah Yang Terbaik