Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MCMC_new logo 2023

MCMC Sedang Jalankan Tinjauan Pengguna Internet 2024

Diterbitkan Oktober 1, 2024 · Dikemas kini Oktober 1, 2024 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini memaklumkan sedang menjalankan tinjauan Pengguna Internet 2024 (IUS 2024).

Tinjauan itu bertujuan untuk mengumpul data berkenaan tingkah laku dan trend penggunaan Internet di Malaysia yang bermula dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2024.

Tinjauan itu dijalankan secara dalam talian dan panggilan telefon.

Bagi penyertaan secara dalam talian, orang ramai yang berumur 15 tahun dan ke atas di Malaysia  dijemput menjawab survei ini dengan mengimbas kod QR atau melayari pautan https://survey.zohopublic.com/zs/3OCOZI.

MCMC Sedang Jalankan Tinjauan Pengguna Internet 2024

Orang ramai tidak perlu bimbang berkaitan data mereka kerana data yang dikumpulkan melalui platform dalam talian ini menggunakan
teknologi penyulitan SSL, disimpan dalam pangkalan data tempatan yang dilindungi kata laluan dan alamat IP tidak disimpan.

Responden juga disarankan untuk membersihkan cache dan sejarah pengimbas komputer untuk melindungi privasi setelah menjawab survei tersebut.

MCMC menegaskan bahawa tujuan survei ini adalah untuk pengumpulan data sahaja.

Tiada sebarang data peribadi seperti nama penuh, kad kredit/debit atau maklumat bank akan dikutip bagi survei ini.

Tiada wang akan dikutip mahupun sebarang urusan jualan dilakukan. Penyertaan adalah secara sukarela, namun begitu penglibatan daripada orang ramai amat dihargai.

Berkaitan

  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Kerajaan Buat U-turn, Penghalaan Ke DNS Tempatan ISP Dibatalkan
  • MCMC, KPT Akan Segera Selesaikan Isu Capaian Internet Di Beberapa Kampus IPTA - Fahmi

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY